Monday, August 26, 2013

~Minggu Pertama Sudah Dilalui~

Assalamualaikum....

Selamat pagi isnin.  Kali ni aku suka nak hari isnin dan nak cepat-cepat isnin.  Nak masa berjalan sepantas yang boleh.  Huh!!!Minggu ini sudah minggu kedua.  Mengikut perkiraan aku yang tak berapa pandai mengira ada 12 minggu semuanya untuk tunggu asben habis kursus.

So minggu ini sudah masuk minggu kedua.  Minggu pertama dilalui dengan jayanya.  Huhuhu...Jayalah sangat.  Memang mencabar sebab semua perkara harus dibuat sendiri.  Barulah terasa susah bila suami tiada walaupun kadangkala peranannya di rumah terasa tidak seberapa.

sumber google

Khamis lepas gaji.  Aku terus ke Tesco beli pampers dan susu anak-anak.  Selalunya asben aku yang fikirkan benda-benda ni.  Kali ni tugasnya aku pikul buat sementara waktu.  Gambar di atas tiada kaitan dengan keadaan aku sekarang. Kalau seminggu ditinggalkan aku dah biasa.  Tahun lepas masa asben ada tugasan luar Melaka hujung minggu je dia balik tapi kali ni 3 bulan tanpa balik.  Mencabar dari situ.  Tak apalah, apa nak buat.  Suka ataupun tidak, aku tetap juga kena tempuh. 

Sekian..






                                                                                                                     

No comments: