Friday, August 16, 2013

~Masih Cerita 1 Syawal~

Salam pagi jumaat buat semua...Salam 9 Syawal.  Maknanya sudah seminggu lebih kita menyambut kedatangan Syawal.  Mood raya sudah habis kut.  Atau memang tahun ni mood raya suam-suam sahaja.  Ada bersebab sebenarnya.

Okey, bersambung lagi cerita 1 Syawal.  Ringkas sahaja 1 Syawal aku dan family.  Beraya di rumah mak memandangkan encik suami kerja pagi raya.  So lepas dah settle bergambar encik suami pergi kerja.  Aku hanya duduk kat rumah mak menanti tetamu.  Lepas Zuhur baru keluar pergi rumah mak long.

Mak yang bertudung hitam bersama mak long.

Ammar qayyum dengan baju melayu ungunya.

Bibik dengan nana.  Bukan bibik maid ye.

Makan beramai-ramai.  Aku yang pucat macam zombi tu sebab tengah demam.  Dari rumah mak long aku terus jemput encik suami di officenya.  Kemudian terus balik rumah mil di Bukit Rambai.  Nasiblah kami berasal dari negeri yang sama.

Ini sudah ada di rumah mil.  Masa ni sedara mara encik suami datang.

Family adik ipar.  Adik ipar aku yang lelaki.

Me and my biras.  Biras sporting!

Sempat bergambar beramai-ramai.  Akan tetapi gambar ni tak cukup korum kerana family along balik ke kampung di Johor.  Selesai di rumah mil, aku pun balik ke teratak kasih kami di Bukit Katil...Sekian cerita 1 Syawal aku dan keluarga.  Bersambung lagi..






                                                                                                         

No comments: