Assalamualaikum...
Selamat pagi..Hari dah jumaat kan. Ini bermakna hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum aku cuti seminggu untuk menyambut raya. Penghujung ramadhan ini aku mahu berkongsikan cerita mengenai iftar kami beramai-ramai pada isnin lalu iaitu 29 Julai 2013.
Siapa yang beramai-ramai itu?Seperti tahun lalu, aku dan kakak sepupu aku planning nak berbuka bersama-sama dengan family masing-masing. Bawak my mom dengan mak long aku sekali. Tapi tahun ni tempat berbuka kami cari yang save budget sikit. Berbuka di Restoran Barkat Salam.
Jomlah tengok beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan aku sendiri pada masa akan datang.
Sementara menunggu waktu berbuka, aku melayan perasaan. Siapa yang snap picture bibik ni!!!!
Nana dan kakak Iqah.
Kakak dan abang sepupuku.
Ini mesti tengah snap picture umi dan babahnya.
Mereka adalah adik beradik. Cuba teka yang mana satu kakak, yang mana satu adik?
Dua-dua kak long.
Kami semua adalah A. Hehehe...Dari kiri : Alfidah, Amirah, Adriana dan Afiqah.
Ini adalah menu untuk aku anak-beranak hari itu. Asben aku pun join tapi dia datang lambat sikit sebab masa tu dia keje petang. Aku orderkan mee rebus untuk asben.
Yang bertudung hitam adalah adik-beradik juga. Mak aku dan mak long.
Kami pada hari itu. Aku suka saat-saat ini. Sayang kamoo semua..
Sebelum pulang bergambar sekali lagi. Ni siapa yang tak pandai jadi photoG. Ermmm..
A vs S. Amirah, ammar lawan Sufi (berbaju hitam) dan Syahmi. Hehehe..
Itu saja kisahnya hari itu. Family adik aku tak join hari tu sebab Nayli demam. Korum tak berapa nak cukup. Sekian dulu bersambung lagi nanti.
1 comment:
Sebelum raya dah kumpul makan-makan dulu masa iftar ye Fida.. Meriah dah macam pra-raya...
psst: Terima kasih Kad Raya kakak dah dapat tau.
Post a Comment