Assalamualaikum semua...
Selamat pagi. Rasa kejap sudah kembali hari isnin dan hari ini kita sudah 5 Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Dan hari ini aku telah pun kembali bertugas walaupun mood raya masih ada sisa-sisanya. Sebenarnya bukan mood raya pun cuma mood mahu menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak di rumah. Suami aku baru je start cuti semalam sebelum dia memulakan tugasnya yang lebih berat. Itu kena redha.
Rasanya hari kat office tak buat apa. Masih ramai lagi yang bercuti. Office pun lenggang, sunyi sepi. So mood nak buat kerja pun non ado. Aci tak?Sekian dulu entri pagi ini setelah beberapa hari blog ini sunyi dari sebarang cerita. Cerita 1 Syawal akan menyusul nanti. Gambar banyak sangat sampai naik juling mata nak pilih.
No comments:
Post a Comment