Monday, August 19, 2013

~Dipisahkan Laut China Selatan~

Assalamualaikum...

Sejak semalam sudah dipisahkan laut china selatan.  Suami di seberang sana dan aku di sini.  Memang mencabar.  Semalam lepas je suami aku bertolak biras aku tanya "Kak ngah ok tak?"  Nak jawab jujur ke yang tak jujur.  Aku jawab "Ok jangan tanya kak ngah sekarang."  Hehehe...Sape tak sebak kan?Tipulah kalau aku cakap tak sebak, tak sedih.

So, hari ini kalau mengikut tarikh suami habis kursus masih berbaki 82 hari.  Baru pergi semalam dah berkira bagai.  Anak-anak aku?Nana memang bertanya dan dia tahu papa dia kerja jauh.  Ammar malam tadi baru tanya.  Yelah, selalu kalau papa kerja siang, sebelah malam memang ada kat rumah kan.

Tanya ammar semalam.
Mama :  Ammar, papa pergi mana?
Ammar : Je..(maksudnya kerja)
Mama : Kerja mana?
Ammar :  Bah..
Mama : Naik apa?
Ammar : Bang...(sambil tunjuk tangannya kapal terbang)

Ammar pattern cakap hujung-hujung.  Bilalah dia nak cakap sepenuhnya.  Itulah ammar semalam.  Dia tahu papanya kerja.  Baju suami yang dah pakai aku tak basuh.  Untuk anak-anak merangkap aku sekalilah.  Buat hilang rindu.  Okey, sebak...

Ini beg yang suamiku bawak.  Dua beg besar, satu beg sandang dan sling beg.  Orang kata banyaknya barang.  Macam tak nak balik.  Takkan dia tak nak balik kut.  Hehehe...

Ini pagi semalam sebelum suami bertolak.  Kereta jabatan jemput dia di rumah.  Mil aku ajak hantar ke lcct tapi aku tak nak dan suami pun tak nak.  Mesti nanti dia sedih.  Hehehe...Suamiku komen kat fb sempat snap gambar.  Hehehe..Semalam nak cover diri supaya tak sedih aku snaplah picture.  Malu wei sebab semalam mil ada, adik-adik ipar ada.  Takkan nak tunjuk kak ipar ni nangis.  Tak brutal.

Okey,  orang kata tak lama.  Pejam celik, pejam celik dah sampai harinya.  Ok tengah set mind tak lama hari itu.  Perlu mengisi hari-hari tanpa dia dengan aktiviti bersama anak-anak supaya hari-hari kami tidak boring.  Kalau ada papa dia bawak kita orang jenjalan walaupun ke Tesco sahaja.  Semoga hari-hari kami dipermudahkan sepanjang ketiadaan encik suami.

Ok.  Sekian...






                                                                                                        

2 comments:

kasehshapiah said...

fidah..hati kena kuat yer..kita dulu da merasa.nak x nak kena tanggung.husband kita dulu ada kije kat indonesia time tu rakyat indon tngah anti rakyat Malaysia n wat perarakan kat jalanan.hanya tuhan yg tahu acener perasaan tu..sabar yer.. :)

Iela Fazielah said...

salam.... 1st time akak singgah blog kamu... terasa kan suami xde..akak dah byk kali..tp kali ni lg susuah akak rasa sbb anak 3 kan.... lama suami kamu xde... semoga kita sama2 tabah