Monday, June 17, 2013

~Selesai Misi Mencari Langsir~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Isnin sudah menjelma lagi dan lagi.  Diharap mood masing-masing baik-baik saja di hari permulaan bekerja ini.  Aku seperti biasa. Mood sedang-sedang saja.  Tidak bad mood dan juga good mood.

Nak cerita perihal hari jumaat.  Misi aku bersama teman, Mira Mokhtar mencari langsir.  Fuh!!Cari langsir pun boleh stress.  Kak Nisah, Kak Rehan dan CC pula ke arah lain.  Keluar jam 12.15 setelah jam punch card berbunyi mengeluarkan lagu menandakan waktu rehat.  Dengan sepantas kilat aku dan Mira keluar.  Tak kejar masa.  Yelah, nak pilih-pilih kain dah makan masa.  Aku pula jenis rambang mata.  Itu cantik, ini cantik.  Wah!!!Ada $ semua boleh.

Misi mencari langsir bukan sebab nak raya.  Yelah, belum puasa dah bersemangat cari langsir bagai.  Tapi mengenangkan langsir kat rumah sedang nyawa-nyawa ikan itu yang buat time raya.










Stress cari langsir mari bergambar.

Macam-macam corak langsir yang menarik mataku ini.  Sediakan wangnya saja.

 
Sambil cari kain langsir, cari juga kain pasang.  Banyak-banyak kain boleh tak ada yang berkenan.  Berkenan kat yang mahal pula tu.  Harus lupakan.

 Harus bergambar ye Mira Mokhtar.

Okey, aku sudah jumpa kain yang aku berkenan.  Sedang membincangkan dengan orang kedai dan kira harga.

 
Lega...Sangat-sangat lega bila langsir sudah ditempah.  Resit untuk aku simpan.

Selepas penat berjalan menyelesaikan misi, misi lain pula.  Misi untuk mengisi perut yang sudah berbunyi.  Mira makan nasi ayam.

Aku makan mee sup.  Tak lalu nak makan nasi hari tu.  Makanlah mee sup yang penuh dengan paru-paruan.  Selesai makan kita orang pun pulang ke opis.

Sekian sahaja entri untuk pagi ini.  Selamat bekerja uolls!







                                                                                                                    

1 comment:

adianiez AIDA said...

langsir...
a'ah la, nak kena tempah...
hmmmm...