Wednesday, June 26, 2013

~Selamat Hari Lahir Buat Ayah!~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Semoga semuanya berjalan dengan lancar untuk hari ini.  Malam tadi sempat taip lagi untuk entri seterusnya dan sudah tentu ini adalah scheduled entry.  Haraf maklum.  Entri ini ditaip untuk mengabadikan tentang hari ini.

Sebenarnya hari ini 26 Jun 2013 adalah ulangtahun kelahiran ayah aku yang ke  61 tahun.  Ayah yang aku panggil ma untuk keturunan bawean.  Nanti aku ceritakan tentang bawean itu sebab ada yang bertanya.  Nanti ye.  InshaAllah.

 Inilah ayah aku bersama adriana

Sempena hari istimewa ini, ucapan buat ayah semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.  Itu yang sentiasa aku doakan buat beliau kerana sejak akhir-akhir ini ayah aku kurang sihat.  Tak ada yang lebih bermakna selain melihat kedua orang tuaku sihat.  Doakan kesihatan ayah aku ye kawan-kawan.






                                                                                                                       

No comments: