Selamat tengahari semua. Selesai melakukan kerja-kerja rumah. Masak sudah, makan sudah, lipat kain baju yang berbakul-bakul pun sudah. Apa lagi yang sudah ek?Kalau nak cakap semua memang panjang lebar mukadimahnya.
Selesai urusan rumah, tiba masa untuk menghadap depan komputer buat seketika. Kalau tak update blog rasa tak lengkap hidup. Hah gitu sekali. Over!!Taklah sebab ada masa dan ada mood so marilah update laju-laju.
Ini cerita agak basi sebab berlaku masa cuti sekolah yang lepas. Oleh sebab cuti sekolah kali ni no vacation, jadinya aku dan asben bawa anak-anak berjalan dalam negeri sahaja. Kebetulan kawan asben dari Penang datang bercuti ke Melaka, so kita orang kononnya jadilah tourist guide.
Jom layan pictures.
Tempat pertama yang kami tuju.
Melaka River Cruise. Ammar first time naik bot ni. Adriana dah dua kali rasanya.
Melihat permandangan yang indah sepanjang Sungai Melaka.
Bila pertama kali naik, ammar seperti tidak keruan di atas bot. Duduk salah, berdiri pun salah. Sudahnya berkepit saja.
Aku snap picture guna kamera kecik tu.
Aku bergambar bersama anak-anak bila sang suami sibuk jadi photoG.
Inilah wife dan anak-anak kawan asben aku.
Ammar dan mama. Mama nampak over.
Ammar yang ketakutan. Duduk sebelah pun tak nak. Perlu beralaskan mama saja. Baru diam.
Seriusnya kakak nana.
Sudah turun dari bot.
Kemudian kami ke destinasi kedua.
Kehausanler tu.
Menunggu yang lain ke tandas.
Kemudian kami berhenti makan tengahari.
Air masing-masing. Oleh sebab kepanasan, kehausan masing-masing order ais.
Kemudian kami naik Menara Taming Sari. Muka ammar yang susah hati.
Kesian ammar.
Kenapalah kakak nana serabai ni?
Permandangan dari atas Menara Taming Sari. Gayat tol aku.
Kakak nana dengan posenya.
Mama dan ammar. Control gayat ye.
Family kawan asben.
Mama dan anak-anak.
Ini kaunter tiket untuk Menara Taming Sari.
Berehat sebentar setelah lenguh kaki, lenguh tangan mendukung ammar hari tu. Rasa macam badang hari tu. Pikul beg, dukung ammar. Adoi...sakit badan.
Papa dan anak-anak pula.
Adriana bergambar seorang diri.
Tengok rupa aku. Dah macam bibik indon kut. Hehehe..Lepas selesai ke dua destinasi ni, kita orang pun balik sebab masing-masing sudah tak larat. Balik rumah semua ketiduran termasuklah aku.
Kepada sesiapa yang datang untuk bercuti ke Melaka, bolehlah ke tempat-tempat ini. Naik Melaka River Cruise dan Menara Taming Sari. Sekian saja entri untuk tengahari ini. Selamat berhujung minggu!!!
Xoxo...
No comments:
Post a Comment