Wednesday, June 26, 2013

~Hari Ini Saya Berseminar~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam 1 Malaysia.  Harap-harap hari ini menjadi lebih bermanfaat pada kita semua dan menjadi hari yang lebih baik dari hari semalam.  Mudah-mudahan hendaknya.  Apa yang buat aku happy hari ini sebab tak masuk office sebab hari ini aku menghadiri Seminar Wanita Anti Jenayah di MITC, Melaka.

Sudah tentu-tentu hari ini menjadi hari yang lebih bahagia sebab dapat lari sebentar dengan fenomena di office.  Dapat lari dari stress dan dapat lari sekejap daripada kerja-kerja yang tak pernah surut-surut itu.  Habis satu part datang part lain.  Fuh!!!

Inilah surat jemputan yang saya terima.  Mahu ke seminar sahaja untuk mencukupkan kursus 7 hari.  Lepas tu dah boleh legakan diri.  Tapi hari ni kesian pada bff saya yang duduk tercanguk di opis seorang diri.  Bertabahlah wahai Mira Mokhtar.  (Gelak jahat) Bayangkan cara aku gelak semalam.  Hahahahaha...Okey, gurau je.  Kang dia tarik muncung sedepa dengan aku.  Kuikuikui...

Ini adalah aturcara program hari ini.  Semoga dapat manfaat dan pengetahuan daripada seminar hari ini.  Bersambung lagi di lain entri.







                                                                                                                   

No comments: