Selamat pagi. Isnin sudah menjelma lagi dan lagi. Diharap mood masing-masing baik-baik saja di hari permulaan bekerja ini. Aku seperti biasa. Mood sedang-sedang saja. Tidak bad mood dan juga good mood.
Nak cerita perihal hari jumaat. Misi aku bersama teman, Mira Mokhtar mencari langsir. Fuh!!Cari langsir pun boleh stress. Kak Nisah, Kak Rehan dan CC pula ke arah lain. Keluar jam 12.15 setelah jam punch card berbunyi mengeluarkan lagu menandakan waktu rehat. Dengan sepantas kilat aku dan Mira keluar. Tak kejar masa. Yelah, nak pilih-pilih kain dah makan masa. Aku pula jenis rambang mata. Itu cantik, ini cantik. Wah!!!Ada $ semua boleh.
Misi mencari langsir bukan sebab nak raya. Yelah, belum puasa dah bersemangat cari langsir bagai. Tapi mengenangkan langsir kat rumah sedang nyawa-nyawa ikan itu yang buat time raya.
Stress cari langsir mari bergambar.
Macam-macam corak langsir yang menarik mataku ini. Sediakan wangnya saja.
Lega...Sangat-sangat lega bila langsir sudah ditempah. Resit untuk aku simpan.
Sekian sahaja entri untuk pagi ini. Selamat bekerja uolls!
1 comment:
langsir...
a'ah la, nak kena tempah...
hmmmm...
Post a Comment