Saturday, June 8, 2013

~Alhamdulillah, Kembali Sihat~

Assalamualaikum...

Selamat pagi sabtu!!Korang dah breakfast?Aku makan nasi lemak yang dibeli oleh asben sebelum dia pergi kerja tadi.  Seronok bila hujung minggu.Sebab???Boleh rehat-rehat di rumah bersama anak-anak.  Hari ni rasanya tiada aktiviti memandangkan asben kerja.  So di rumah sahaja mungkin.

Nak cerita perihal anak-anak aku minggu lepas yang dilanda demam.  Dua-dua sekali demam.  Mula-mula si kakak demam dulu.  Si kakak demam pada hari lahir aku pula.  Selang sehari si adik pula yang demam.  Memang mencabar bila serentak sekali yang demam.  Paling merisaukan aku adalah adriana.  Sebabnya dia kalau sudah demam, ubat pun payah nak makan.  Mulalah aku jadi orang ijo.  Hehehe...Ammar bab makan ubat boleh tahan lagi.  Mahu jugak dia makan.  Tak adalah adegan-adegan aku bersilang kaki bagai macam dulu aku nak bagi adriana bagi makan ubat.  Fuh!!!!

Inilah anak-anak aku minggu lepas.  Asben yang snap gambar ni.  Kesian bila masa dia orang macam ni.  Lemah je.

Sorang satu bantal, saorang satu tuala basah.  Hehehe..Alhamdulillah, adrianammar telah sihat kembali.  Lega hati mama.  Mereka kembali aktif seperti biasa.  Cuma ammar sahaja yang batuk-batuk lagi.  Segala coklat dan sebagainya telah aku sorokkan.  Huhuhu.  Nampak gayanya mama jelah yang makan. :D

Sekian dulu.  Selamat berhujung minggu!!!









                                                                                                                      

1 comment:

inazamri said...

mmg syok lepak2 dirumah dgn family ujung2 mggu camni.bila anak2 demam mcm tu mmg kita ni dok risau je kan.syukur dah kembali sihat