Friday, January 11, 2013

~Tamat Sudah Drama Adam & Hawa~

Assalamualaikum...

Entry kedua untuk hari ini setelah seharian semalam tidak mengupdate blog.  Ini entry autopublished bukan aku update di opis dalam masa bekerja yea.  Malam tadi nanammar tidur awal sebelum drama Adam & Hawa bermula dan selepas habis jea aku menonton drama AH, mata aku pun belum terasa mengantuk makanya aku pun mula mengarang entry di blog untuk dipublish hari ini.

So, malam tadi adalah episod kemuncak untuk drama AH nie.  Aku memang tak pernah miss satu episod pun drama ini.  Betapa tegarnya.  Heeee..Pernah miss tapi aku akan tengok balik sebab record kan.  Senang sikit sejak ada pvr di rumah.  Boleh record jea kalau tak sempat nak mengikutinya.  Eh, dah jadi macam promoter Astro pulak.  Walaupun tahu ending untuk drama AH nie happy ending tapi bila dah terjebak memang nak tonton sampai episod yang akhir.

Ada sikit kelainan daripada novel.  Untuk episod malam tadi, Ain telah selamat bersalin.  Tapi part yang paling tak best time tengok baby Ain tue.  Alolololo...Kenapalah newborn tue besar sangat.  Macam dah baby 3 bulan.  Mata bukan main bulat lagi dan boleh diagah.  Memang tak logik kat situ.  Potong line betul part tue.  Memang frust.  Heeee.  Asal pulak aku nak frust erk?Oklah, pandai-pandai jea aku nie nak komen.  Apa-apa pun ambillah benda yang baik dalam drama ini dan yang tidak elok tue kita tolak ketepi dan jangan diikuti.  Itu jealah.  Apa-apa pun sebab drama Adam & Hawa ini aku mengenali Nadiya Nisaa dan aku mula meminati lakonannya.  Best of luck untuk NN..:D






                                                                                                                    

No comments: