Assalamualaikum..
Selamat pagi buat semua. Bertemu lagi di hari jumaat yang penuh keberkatan. Semoga kita mendapat rahmat dan sentiasa diberkati daripadaNya. In sha allah.
Kadangkala hidup ini tidak selalu indah. Ada masa kita gembira, ada masa kita berduka. Kadangkala kita berjaya dan ada masa kita gagal dan mengalami dengan kekecewaan.
Kekecewaan semalam biarlah berlalu pergi. Jangan lagi singgah di dalam diri ini. Dari kekecewaan kita belajar erti sebuah kehidupan. Semoga akan ada sinar yang boleh mengubat kekecewaan semalam untuk diri ini. In sha allah..Mudah-mudahan..
2 comments:
ingatkan akakjer dalam mood kecewa... ramai gak kawan2 kita gitu...
Setiap apa yg terjadi walau kadang buat kita kecewa kita tak tahu mungkin disebaliknya akan ada lebih baik akan dtg Fida.. tunggulah.
Post a Comment