Assalamualaikum...
Saat aku sedang melayan perasaan sorang-sorang tadi ketika superheros aku sedang beradu maka inilah entry yang terhasil. Nak lelap mata nie tak mahu lelap pula. Tadi aku dah tonton opsss Adam dan Hawa. Kelakar abis. Ketawalah sorang-sorang tadi depan televisyen. Habis layan tue, aku mengadap pc semula. Sememangnya inilah tempat meluah ketika perasaan dan jiwa sedang kacau.
Berbalik pada tajuk di atas, terfikir tentang orang sekeliling kita terutamanya sekeliling aku. Kawan?Di mana letaknya nilai seorang kawan dalam sebuah persahabatan?Kawan atau sahabat?Adakah sama untuk dikategorikan?Sebenarnya itu semua tidak penting kerana yang paling penting terletak pada hati masing-masing.
Di dalam hidup kita ini, sebagai seorang manusia kita memang memerlukan kawan untuk meluahkan perasaan, berkongsi masalah, bersosial dan juga bermacam-macam perkara yang boleh dibuat bersama-sama kawan.
Jikalau kita punya seorang kawan yang punya hati budi yang baik, tidak mustahil dia boleh menjadi sahabat kita dan kalau kita anggap seseorang itu sahabat kita tapi dia tidak punya hati budi yang baik tidak mustahil dia boleh menjadi lawan kita. Betul tak?Dari situ kita boleh menilai erti sebenar sahabat.
Sekarang nie bukan senang nak jumpa seorang kawan yang sejati. Seorang kawan yang boleh susah senang bersama, seorang kawan yang sangat memahami dan seorang kawan yang baik dalam apa jua situasi. Bila tersalah pilih kawan itulah bahayanya. Kadang kita sudah mengganggap dia sebagai kawan kita tapi sebenarnya dia adalah sebaliknya. Ada juga kawan yang pada mulanya dia baik dengan kita. Mungkin pada matanya tidak berkenan tentang kawan yang lain dan boleh memburukkan kawan itu. Memang hentam habis-habis mengatakan tentang kawan itu dan akhirnya dia pula yang baik dengan orang yang dikata-katakan itu. Mungkin dia sudah terlupa dengan kata-katanya suatu ketika dulu. Apa yang harus kita kategorikan kawan sebegitu?Adakah seorang kawan yang bermuka-muka atau seorang kawan yang berpura-pura?
Agaknya lagi bahaya kalau kita mendapat kawan seperti itu. Tidak ikhlas dalam persahabatan dan rasanya tidak rugi tidak punya kawan seperti itu. Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati dalam memilih kawan. Jika kita mendapat sahabat yang baik, maka baiklah kita dan begitulah sebaliknya. Jika kita ingin bercakap pun harus berhati-hati takut ada situasi sampai menyampai. Terkadang manusia selalu salah tafsir bila situasi sampai menyampai ini berlaku. Semoga kita mendapat keredhaan daripadaNya, semoga kita dapat menjauhkan perkara-perkara yang tidak elok dan akhir sekali semoga kita boleh menjadi seorang kawan sahabat kepada sesiapa sahaja dan bukannya sebagai seorang lawan. Jika kita mengimpikan seorang sahabat yang baik, maka jadilah sahabat yang baik pada sahabat kita. Dan akhir sekali semoga kita mendapat kawan yang sejati di dunia mahupun di akhirat. Amin. Hargailah sahabat kita!!
Sumber gambar dari google.
2 comments:
bukan senang nak jumpa kawan yg bukan lawan...kalau jumpa mmg kena buat selesction elok2...kalau tak kompom makan hati
bila baca teringatler akak... dulu ramai kawan sebab kitapoun banyak masa nak dihabiskan ngan kawan2 ... lani dah takder kawan sedih gak tapi nak buat camnerkan... kawan yang adapun jauh nak cari kawan baru bolehler tapi susah ler nak senang dan susah bersamakan...
Post a Comment