Assalamualaikum...^____^
Selamat tengahari semua. Sebenarnya nak post pagi tadi tapi sampai bawak ke tengahari baru dapat post cite. Lately nie upload gambar tanpa edit gambar. Selalu letak nama blog. Tapi sekarang nie tak ada masalah. Lagipun tak ada sapa kot yang nak copy gambar-gambar aku. Hari nie dah pun selasa, aku barulah nak update cerita kisah hari sabtu lepas.
Memandangkan hari sabtu lepas asben offday, makanya hari itu diisi dengan pelbagai aktiviti. Balik rumah mil, jenjalan kat tepi pantai dan sebelah malam lepak di kedai mamak. Mamak lagi?Boring betul. Asben aku gemor dengan mamak, aku jea yang tak boleh nak telan sangat. Dalam seminggu mesti makan kat mamak. Heeee..
Oklah, jom kita tengok gambar yang sempat aku snap untuk hari sabtu lepas.
Sampai rumah mil, mil dah siap masak. Datang makan jea. Menantu oh menantu.
Sebelah petang, lepas asar kami minta izin untuk pulang. Pulang, marilah pulang. Otw nak balik singgah dulu kat pantai klebang. Tengok orang main layang-layang. Layang-layang terbang melayang.
Tengok tiga beranak nie.
Mama dan nana bergambar di tepi pantai.
Papa pulak bergambar.
Ammar yang blur sebab baru bangun tidur.
Permandangan di tepi pantai.
Adriana yang snap picture nie.
Permandangan laut yang sangat tenang. Aku nie macam seriau sikit bila dok tepi laut nie sebab selalu mimpi macam tsunami.
Layang-layang yang berada atas kami.
Layang-layang yang berekor.
Kami bertiga.
Sunset time.
Kami lagi!
Dari pantai kami singgah di Masjid Selat untuk maghrib.
Selesai solat
Inilah masjid selat
Kemudian ke Hang Tuah Mall untuk makan. Berhadapannya ada pasar tani UTC.
Papa dan ammar sedang menunggu makanan yang dipesan.
Kakak!!Adik ammar dah pandai sebut kakak!Ada masa macam sebut katak. Nanti nana kata berdosa tau panggil kakak katak. Heeee
Kami di sini malam ahad tue.
Ammar yang tension makanan tak sampai-sampai. Sabar yea dik.
Inilah makanan aku untuk malam itu. Teringin nak makan mee goreng mamak. Tetibe kan. Apakah?Hahaha.. Itulah cerita yang tak berapa nak menarik untuk sabtu lepas. Sebenarnya tak ada mood nak update blog, mulalah penyakit malas pun memang ada. Lepas tue fikiran tengah mencari ilham. Itu yang update ala kadar. Oklah. Sekian dulu.
1 comment:
lama2 ko ngan mamak pun dah boleh JV...
Post a Comment