Friday, January 4, 2013

~Pagi Yang Gelap~

Kini sudah terang.  Memanglah dah terang sebab sudah petang.  Kejap lagi sudah mahu pulang.  Oh sabar menanti untuk pulang.  Kerjaan aku balik nie mahu menjemput anakanda di transit dan sornag lagi di rumah mak.  Kesian ammar sekarang kat rumah kawan dengan atok dan nenek.  Kakak dah pegi sekolah, petang baru jumpa.  Tak apa nanti 4 tahun baru pegi tadika ok.  Sekarang belum masanya.  Rasailah zaman kanak-kanak dulu.

Pagi tadi sudah mula rutin harianku sebagai supermama!  Memang havoc jugak pagi tadi.  Being a supermom memang sangat-sangat mencabar.  Uruskan anak-anak di waktu pagi yang kita belum jangka moodnya macam mana.  Tuelah dah 2 hari duduk di zon selesa sebab asben off day dan sekarang tugas itu aku yang pikul.

Bangun seawal 5.30 pagi, menyiapkan diri sendiri dulu.  Malam tadi malas nak iron baju so pagi nie capai jea baju yang tidak perlu digosok.  Dasarrrrr.  Dah siap-siap dalam pukul 6 pagi kemudian kejutkan adriana.  Berdoa dalam hati biarlah mood dia ok.  Sekali dua kejut terus duduk.  Alhamdulillah, anak mama mengerti isi hati mama.  Aku tak naklah naik angin tak tentu pasal pagi-pagi buta nie.  Heee.

Barnag-barang semua dah kemas malam tadi.  Siapkan baju adriana, lepas pakai baju kata nak makan cornflakes.  Letak sikit dalam bekas sebab nak bawak ke sekolah.  Aku pun on lampu bilik tup tup tup ammar terus bangun. 

Ini gambar ammar selepas bangun.  Heee.  Dan-dan maknya amik gambar.  Lepas aku tengok dia bangun aku capailah kamera.

Ammar masih blur.

Suruh senyum pun tak nak.  Apahal pulak mak aku nie pagi-pagi buta nak bergambar.

Jam sudah menunjukkan 6.15 pagi.  Masa nie semua dah siap.  Dah tukar pampers ammar, susu dah buat dan semuanya dah ready.  Anak-anak lagilah dah ready.

Barang-barang sudah diletakkan di depan pintu.

Dah settle loading barang.  Dah pukul 6.40 rumah.  Bersiap untuk bertolak ke rumah mak.

Gelap lagi di luar.  Singgah beli kuih dan bihun goreng.  Adriana nak bawak bekal.  Terus gerak ke rumah mak.  Kena kuar awal sebab nanti mesti jem sebab nak patah balik ke opis lagi.  Aku pulak masuk kerja pukul 8 pagi.  Kang merah pulak punch card. 

 
Keadaan pagi tadi.  Walaupun masih gelap kenderaan sudah mula banyak.

Anak-anak pagi tadi.  Sampai rumah mak dalam pukul 7 pagi.  Pada mulanya aku nak hantar adriana ke sekolah, tapi ayah aku nak hantar.  Ayah kata jem dekat sekolah.  Aku pun pegi kerja dan asben pun balik ke rumah mak aku dari keje malam.  Asben tunggu adriana kat sekolah nak tengokkan adriana macam mana.  Yelah baru 3 hari naklah jugak tengok macam mana adriana di sekolah.

Terang sudah permandangan.  Masa nie dalam pukul 7.20 pagi.  Ini depan sekolah adriana.  Memang sesak.  Aku stuck kat sini tadi dengan depan St. David.  Adoilah..Ayah aku hantar adriana kemudian sebab kelas adriana mula pukul 8.00 pagi.  Kalau aku hantar memang awal sangat dia sampai.  Nasiblah rumah mak dekat, ayah ada nak hantarkan anak aku.  Kalau boleh aku tak naklah susahkan ayah aku tapi ayah aku nak hantar oklah kan.

Itulah cerita havoc aku pagi tadi.  Memang salutelah mak-mak yang uruskan sepenuhnya anak-anaknya sepenuh masa.  Bestnya kan kalau dapat jadi full housewife.  Hantar anak-anak ke sekolah, jemput dia orang, siapkan makanan dia orang.  Tak payah nak risaukan siapa nak jaga anak-anak.  Tapi apa boleh buat, kerja untuk membantu suami mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak juga.  Itu hanya angan-angan mat jenin.  Heeeee.  Sekian.  Byeeeee..








                                                                                                                  

2 comments:

Cho Zila said...

memang kagum ngan ibu2 yang menguruskan anak2 sendiri ,... memang penat..

sueada said...

life saya pn dh sama taraf ngan akak.
kuor sebelum matahari, balik selepas matahari. :(