Wednesday, March 7, 2012

~BFF Berkunjung Ke Rumah~

Ramainya bff aku kan.  Ari tue pun ada gak bff berkunjung ke rumah.  Entry hari tue bff masa aku study di PUO.  Entry kali nie pula bff masa aku sekolah di IJC Melaka.  Kedua-dua bff aku sekarang di Perak.  Bff aku masa sekolah namanya Aida Mokhtar. 

Berbalik kepada tajuk, bff aku sampai Melaka hari Isnin.  Asben kawan aku ada program di Kem Terendak esoknya.  Aku ajaklah ke rumah.  Malamnya lepas maghrib dia dan family sampai di rumah aku.  Tak dapat nak prepara apa-apa pun untuk dia orang.  Aku amik lauk kat rumah mak aku.  Kebetulan mak aku masak asam pedas tetel.  Aku masaklah sayur goreng dan telur dadar jea.  Itu jea pun.

Last kita orang jumpa tahun 2008, masa tue masing-masing anak sorang.  Lepas 4 tahun anak aku 2 orang dan anak Aida pulak dah 3 orang.  Nama anak no tiga dia pun nama Ammar jugak.  Muhammad Ammar dan nama anak aku ada tambahan Qayyum di belakangnya.  Bila dah lama tak jumpa macam-macam nak diceritakan tapi masa kami sangat terhad.  Dapat jumpa kejap pun dah rasa happy sangat.

Ini gambar kami sebelum aida balik.  Bergambar bersama setelah beberapa tahun tidak bergambar.  Sekrang bergambar bersama dengan anak-anak.  Tengoklah kedua-dua ammar saling berpandangan pulak. :-)

Jom tengok gambar kami suatu ketika dulu.  Zaman sekolah dulu, zaman remaja kami.  Dulu kami berdua pegi mana-mana mesti bersama, pakai baju pun nak kena sama.  Tak sama patern pun tak apalah, janji sama warna.  Sekarang bila masing-masing sudah berumah dan bertangga jauhlah terpisah tapi masih contact sesama sendiri.  Itulah kisahnya...Kalau belek album lama-lama nie boleh tersenyum sendiri.

Aku dan aida.  Dalam kelas masa nie.  Masa nie kami form 5.  Dah nak abis sekolah itu kerja bergambar aje.

Gambar yang ini pulak masa hari raya.  Time nie turn aku pi beraya ke rumah dia.  Itu jealah pun tempat yang boleh kita orang kuar. :-)  Pi ayah aku hantar, balik beramik.

Ini gambar masa form 4 rasanya.  Kita orang ada makan-makan kat Hotel Equatorial untuk Kelab Ekonomi.  Nak jugak pakai baju sama warna.  Masa nie kita orang tengah menggilakan penyanyi Siti Nurhaliza.  Memang fanatikler.  Sekarang idokler.  Jangan nampak si siti tue kuar majalah mesti beli.  Siap gunting gambar siti tampal lah kat mana-mana tempat yang boleh kita orang tengok.  Adoiiiyaiii...Kelakar time tue.  Oklah itu aje cerita mengenai aku dan aida.  Lepas nie tak tahun berapa tahun lagi boleh kita berjumpa kan, aida...Tunggu aku ke Perak pulaklah.  Sekian...






                                                                  

                                                         

1 comment:

kasehshapiah said...

hehehehe..gmbr zmn ank dara lain benau rupanyer.. :))