Monday, March 5, 2012

~Aktiviti Kami Sabtu Lepas~

Sabtu lepas, sebelah malam asben bawak kami ke Jusco Bandaraya Melaka.  Tujuan utama kami ke sana nak bawak budak-budak nie pi playground dekat jusco.  Seharian suntuk anak-anak aku terperuk di rumah.  So aku ajaklah asben keluar.  Dapatlah budak-budak nie amik angin luar pulak.

Petang tue sebelum asben balik kerja, asben aku telefon suruh siapkan budak-budak.  Sepantas kilatlah aku mandikan ammar dulu.  Pakai dia baju dan kejutkan adriana pulak.  Kebetulan petang tue dia tidur sebab selalunya memang dia tak tidur punya kalau duduk dengan aku.  Itu pun dia tertidur setelah mamanya menjadi tarzan.  

Selepas solat maghrib bersiap sedia untuk keluar.  Terus ke jusco bandaraya sebab tempat tue happening sikit.  Inilah 1st time ammar ke sini.  Kenalah cari tempat yang bersesuaian dengan ammar.  Oklah jom tengok gambar kami pula.  Taip panjang-panjang kang tak ada orang nak baca pula..

Adriana seperti biasa kalau bergambar mesti nak berposing. Sebelum kuar mengamuk nak pakai baju sama macam adik, nak lengan panjang dan warna macam Ammar.

Ini ammar yang cool.  Mula-mula sampai ammar tak nak turun.  Suruh jalan pun tak nak.  Berpangku aje kat aku.  Gambar nie ammar sedang perhatikan orang yang lalu-lalang.

Pujuk-pujuk barulah ammar nak naik benda nie.  Apa panggil?Ntahler aku pun tatau.

Adriana mula-mula tak nak naik benda nie.  Takut katanya.  Akhirnya naik jugak, mama bayar RM8 seorang tak nak main pulak dalam nie.  Kalau tak singgah dok pujuk aku suruh singgah.

Kakak yang kuat merajuk!!!ikut perangai sape???Hikhikhik..No komenlah yea.

Papa pantau ammar.
Ammar dah ok sikit barulah bawak dia pi mainan.  Kasi panas dulu.

Kakak dan adik.

Ammar dah syok nak main mainan nie.  Kejap-kejap nak dipanjatnya.

Akhir sekali gambar mama dan ammar.  Masa nie tengah tunggu kakak main tak abis-abis lagi.  Tak nak balik pulak.  Dalam pukul 9.45 malam kita orang kuar dari playland nie.  Masuk ke jusco jap nak beli puting pigeon.

Kuar dari jusco, kami pun pi jjcm.  Padahal kat umah aku dan asben dah makan spageti.  hari tue aku masak spageti aje.  Tapi punyalah lapar perut aku nie.  Ajak asben singgah makan kat kedai mamak jea.  Aku order tosai jea untuk alas perut.  Itulah cerita dan aktiviti kami hari sabtu lepas.  Hari ahad pulak, aku dan anak-anak ikut asben pi keje kejap then terus balik ke kampung asben tengok atok dan nek.  Sekian cerita aku untuk weekend lepas.



                                                                                                                              


No comments: