Sape lagi kalau bukan asben aku. Kadang-kadang datang mood dia nak ke dapur. 'Malam nie abg masak. Al tak payah masak'. Oh iye ke. Kalau dia masak aku kenalah jaga adrianammar. Dapatler bersantai-santai sambil menonton tv dan menunggu hidangan dihidangkan. Hehehe. Jadi mem pulak iyo. Opsss, aku tidak mendera laki aku. Hehehe.
Tapi asben aku setakat memasak jea, lepas itu bab mengemas akuler. Aku lebih rela biar aku yang memasak daripada asben di dapur. Abis berselerak dapur. Pernah aku cerita kat sini. Inilah akibatnya bila en. somi di dapur!!! Masak satu menu tapi penuh satu sinki. Hehehe. Jangan marah yea bang. Dah masakkan banyak komplen pulak.
Mee goreng yang asben aku masak pada hari isnin. Lepas balik kerja malam tue terus jea asben aku berkunfu ala-ala masterchef di dapur. Sedangkan aku bergoyang kaki menonton masterchef di depan. Tahu-tahu dipanggil makan jea. Layan jugak mee goreng asben aku. Sedap tau!!Sedang tunggu si dia tidak sampai-sampai. Jadi ceritalah pasal si dia di sini. Oklah sekian untuk bebelan di petang hari.:-)
1 comment:
wahhh sangat sedap nampaknya ni...untung fida!!
Post a Comment