Tuesday, November 8, 2011

~Beraya Di Kampung~


Ahadnya, raya aidiladha.  Selepas jea solat raya asben ajak balik kampung.  Lama tak jengah atok dan nek di kampung.   Lepas makan, kemas-kemas apa yang patut sepantas kilat menyiapkan diri serta askar-askar yang ada termasuklah bapak askar!huh.  Nak siapkan bajuler, nak bawak ituler, nak bawak iniler.  Yang kecik jangan cakap memang dah kena layan.  Yang tua juga harus diutamakan.  :-)

Siap-siap semua dalam pukul 12 tengahari jugaler.  Kononnya nak keluar pukul 11 pagi.  Harus ada drag masa yea.  Termengah-mengahler aku nie.  Kalau macam superMAK tue zasssss sepantas kilat settle semua kerja.  Keluar rumah pukul 12 tengahari.  Perjalanan dari rumah kami, Bukit Katil ke Pulai tidakler jauh mana pun.

Sampai dalam pukul 1 tengahari.  Atok, nek, mak uda dan family semua ada.  Ini kampung asben aku.  Aku tak ada kampung pun.  Duduk berbual sampai ke petang.  Lepas asar jugak kita orang balik dari kampung sebab tunggul mil aku sampai.  Dari kampung kita orang balik ke rumah mil.  Lepas tue baru ke rumah mak long aku di Malim sebab mak aku ada kat sana.  Ubah angin katanya.  Ayah memang tak nak ke mana.  Jaga rumah.  Itulah kalau anak 2.  Nasib aku dan adik kawin orang Melaka gaks.

Oklah jom layan gambar pulak.  Sudah penat bercerita.

Tangga ini menjadi kegemaran kepada cucu-cucu nenek serta cicit-cicitnya.  Mesti nak panjat nek kata.
Ammar nie biar betul.  Ada hati tue nak panjat tangga.  Mahu tergolek.  Abaikan kaki yang terjuntai tue.  Kaki laki aku tue..
Adriana dan nek moyangnya.  Inilah nenek asben aku.
Ammar teruja ke jumpa tangga


       
Sebelum pulang mari bergambar dengan kakak-kakak ini.  Ammar sekarang dah pandai tak nak dengan orang yea.  Yang pandai tackle jea yang dapat menawan hatinya.  hehehe...Itu jealah kisahnya.  Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

org tk prnh jmpe tangga mmg excited...seb baik ammar blm jmpe kaki....klu tk mau penat bapak askar nk kejar....