Salam. Baru sudah makan tengahari. Hari nie aku bawak bekal nasi dan sup cendawan. Sudah kenyang yea. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hehehe... Jimatlah sikit untuk hari ini. Lagi menjimatkan bila hari ini lunch hour yang panjang berjelar ini, aku tidak keluar ke mana-mana. Hanya duduk di ofis saje. Orang yang duduk ofis belum tentu banyak kerja. Tak buat apa pun. Jadi haruslah bergoyang kaki di ofis sambil membuat kerja sendiri. Kahhhh. Taklah, aku bergurau saje. Memang tak ada hala tujuan nak ke mana pun hari nie. Lagipun kalau member tak keluar macam mana aku nak keluar. :-) Bak kata Kak Nisah tengah kekeringan. Kita dok jelah ofis. Adalah kerjaan yang boleh aku buat sepanjang lunch hour yang panjang ini.
Yang pertama, bolehlah aku melakukan aktiviti BLOGWALKING. Selalu kat rumah memang tak dan nak blogwalking nie. Dah dapat update blog pun dah kira bersyukurlah. Blogwalking nie best boleh tambah pengetahuan, boleh baca kisah orang lain, boleh tambah kenalan dalam dunia blogger, boleh tengok gambar yang cantik-cantik dan sebagainya. Selain itu, dalam blogwalking nie boleh jugak kita mendapat idea untuk menulis. Betul tak?
Yang kedua bolehlah aku berkesempatan untuk mengupdate blog ini. Banyak cerita-cerita yang sudah tertinggal untuk aku ceritakan di sini. Bila ada kesempatan nak update blog, idea nak menulis pulak tak ada. Aku tunggu dari tadi ayat yang nak ditaip tak jugak datang. Maka terkeluarlah entry ini. Sekian. :-)
Note>>Gambar di atas sumber dari aku. Masa panjang sempat buat gambar blogwalking tue sendiri.
No comments:
Post a Comment