Saturday, November 19, 2011

~Breakfast Hari Ini~

Salam.  Baru settle buat kerja rumah dan baru lepas tidurkan si budak kecik, ammar.  Dari tadi nak tidur tapi nak aku tepuk pulak.  Bila aku tinggal buat kerja rumah ammar bangun balik.  Sudahnya tunggulah mama buat kerja rumah.  Kat dapur dah bersih cuma pinggan lepas makan tadi belum dibasuh.  Rehat jap sambil update blog.

Si kakak so far ok, dah boleh bawak diri.  Cuma kadang-kadang nak perhatian jugak.  Mana aku ada dia angkutnya mainan dia.  Tadi baru dia lambakkan mainan dia kat dapur.  Mama pening jap tengok rumah berselerak.  Jadi tarzan kejap aku tadi.  Sekarang nie ada kat tepi aku dengan mainannya.  Janji duduk diam.  Mama nak layan blog kejap.

Breakfast untuk hari ini aku buat Popia Sardin.  Simple jea buatnya.  Tak tahu nak buat apa untuk breakfast.  Teringat kat dalam peti sejuk ada kulit popia.  Aku dah siapkan malam tadi.  Pagi tadi terus goreng jea.

Inilah rupa popia sardin.  Alas perut untuk pagi tadi.  Asben sempat makan popia nie untuk breakfast sebelum dia ke kerja.  Aku sertakan cara aku buat popia sardin.  Aku tidaklah pandai memasak tapi setakat nak try and error tue bolehlah.

POPIA SARDIN

Bahan-bahan:
1 tin sardin (aku guna yang kecil)
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
Perahan limau
Garam
Putih telur
Kulit popia

Cara-cara:
1. Keluarkan ikan sardin.  Aku tak ambil kuahnya.
2. Kemudian hancurkan ikan sardin tue.
3. Masukkan bawang yang telah dipotong dadu.
4. Perasakan dengan garam kemudian perahkan limau.
5. Gaul mesra.
6. Kemudian isikan sardin tue di atas kulit popia dan gulung.
7. Sapukan hujungnya dengan putih telur supaya melekat.  Boleh terus goreng atau simpan di dalam peti sejuk.

Kemudian aku teringin pulak nak makan Nasi Lemak.  Tengok bahan-bahan pun ada, aku pun buatlah nasi lemak untuk hari ini.  Boleh di makan sampai ke malam.  Aku lawankan dengan sambal daging.

Inilah makanan aku untuk hari ini.  Nasi lemak untuk santapan aku dan keluarga.

Ini pulak rupa sambal daging aku yang dimakan bersama nasi lemak.  Kali nie cili kisar aku terlampau pedas.  Sudah lapar aku bedal jealah.  Alhamdulillah.  Perut sudah terisi untuk hari ini.  Sekian.

No comments: