Tuesday, November 29, 2011

~Kami Ke Ofis Papa~

Hari ahad hari tue, kami bertiga (3A) ikut papa ke kerja.  Papa ajak sebab petang tue nak jalan-jalan ke PD.  Wah, mestilah nak ikutkan.  Asyik terperap kat rumah.  Kuar pegi ofis pun jadilah.  Lepas tue dapatlah ke PD pulak.  Pagi-pagi dah siapkan 2 askar aku tue.  Siapkan dia orang dulu baru mama boleh siapkan diri.  Kalau aku siap dulu dah tak serupa orang.  Mahu berpeluh-peluh aku nak siapkan dia orang. 

Kemaskan apa yang patut kat dapur.  Lepas tue, pack barang-barang dia orang.  Itu yang lebih penting.  Jangan nanti ada benda yang tertinggal dah tak selesa nak berjalan.  Barang yang penting pampers dan susu.  Spare baju sehelai dua sebab biasalah budak-budak nie.  Jalan sehari pun nak pack macam nak bermalam pulak.

Sampai ofis papa kita orang duduk-duduk jea sementara papa buat kejenya.  Nasib ada tv.  Kalau tak boring jugak.  Aku layan novel.  Itu pun banyak terganggu.  Ammar tak nak duduk diam.  Jadi banyak kali jugak berhenti baca novel.  Entah zaman bile boleh abis novel yang aku baca tue.  Bila dah boring aku snaplah picture anak-anak pulak.  Itu tanda mama dah boring.  Mengantuk pun ada sampai terlelap.  Mari kita bergambar.

Adriana dan aksinya ketika bergambar.

Lagi aksi daripadanya.  Ikut sapelah.  Aku pun tak tahu.  Akukah??

Ammar yang mula-mula elok jea duduk diam atas sofa.  Lama-lama dia pun boring.  Nak bergolek tak ada port.  Jadinya tawaflah ammar dalam ofis papa.

 Mama dan ammar.  Maknya pulak yang over.  Aduhai.

Ammar sudah mula dengan misi penjelajahannya.  Tak larat dong mahu mengejar ke sana ke mari.

Mama memantau dari jauh.  Anak siapalah nie??Cari papa tak ada.  Tunggu kat depan pintu.

 Suka yea.  Kakak cuba mengawal pergerakan adiknya.  Si adik sudah rimas.

 Ammar.  Ini bukan kaki aku yea!!!

Akhir sekali, sebelum pulang papa suruh amik gambar.  Inilah gambar daripada kami.  Ini jea pose menarik daripada kami 3A.  Balik dari ofis papa, kami ke PD.  Papa ajak jalan-jalan ke PD.  Nanti aku cerita kemanakah kami selepas dari ofis asben.  Sekian.

2 comments:

adianiez AIDA said...

hihi bosan kan??! waktu turn aida dulu dok ofis tu ~ tv rosak!!! air-cond rosak!!! sabo jer la. aida siap buat class tuisyen lagi dgn anak-anak guna white board tepi tu hi hi... bosan !!!

nota kaki : klik & ziarah ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

@lfidah @dim said...

aida>>boleh tahan bosannya..ammar puas keliling bilik tue..