Monday, November 14, 2011

~Hujan Di Petang Hari~

Sebelum pulang, menunggu punch card berbunyi sempat lagi untuk update di sini.  Tadi gelap gulita di luar sana.  Macam sudah malam gayanya.  Padahal jam baru 4.45 petang.  Nasib hari ini balik tumpang kawan.  Kalau naik bas mahu basah lokos. 

Sekarang hujan telah turun di luar sana membasahi bumi.  Rahmat daripadaNya.  Sangat lebat bersama angin yang sangat kuat.  Tadi punyalah panas sekarang sudah sejuk.  Tapi kalau orang yang bekerja di kebajikan risau kalau hujan lebat tak berhenti.  Mana tidaknya takut banjir.  Mahu sorang-sorang kena bertugas.  Apa-apa pun jiwa kebajikan perlu ada termasuklah aku.  Kilat pun sudah kelihatan sabung-menyabung.  Guruh sudah berdentum.

Apa-apa pun mari kita berkemas-kemas untuk pulang.  Sambil-sambil tue mari kita layan lagu di bawah ini.

Lirik Lagu Hujan – Sudirman

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut


Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini


Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi


Oklah.  Aku mahu pulang.  Sekian.

1 comment:

Cho Zila said...

hujan yang turun... wah syahdu...