Hari tue masa buat entry ini, tak ada gambar ammar yang terbaru bila dia dah masuk 8 bulan. Untuk entry kali nie, ada gambar ammar yang terbaru dengan pelbagai aksinya. Itu pun susah bebenor nak snap gambarnya. Dok melompat-lompat. Akhirnya gambar gegar. Kamera mama pun tidakler canggih mana pun. Guna digital kamera jea. Mama bukan tahu adjust settingnya. Tekan-tekan tahuler.
Ini lah gambar yang diambil pada suatu petang hari ahad yang lepas. Masa nie sudah siap-siap askar-askar wataniah aku untuk dibawa keluar. Masa nie nak keluar beli barang dapur. Sementara tunggu papa siap mari kita bergambar!!!
Itu dia. Gambar tak berapa clear.
Sabar jealah.
Kusyuk tengok tv.
Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Mama bagi cover kamera untuk melekakannya.
Akhirnya, kakak nana yang tak sabar tengok karenah adiknya. Dengan ganasnya dia pegang kepala adik dia. Kakak nana memang kasar sikit. Tak ada lemah lembutnya si kakak nie.
Ini dia, ammar yang sudah 8 bulan.
Sebelum itu, mama pulak dera ammar. Hehehe..Mama nak snap gigi ammar yang sudah tumbuh sebatang di bawah. Itu dia!!!
Sekian update tentang ammar pada usia 8 bulan.
Note>>Petang nie bawak ammar checkup di Poliklinik untuk 8 bulan..
3 comments:
Salam Ida..comelnya Ammar!.budak2 mmg camtu la klu suh bergambar bkn tau nk diam..hihi.
Anak buah k.atie br berusia 6 bln....klu jumpa mmg geram tgk sbb sgt bolat...:)
noti ye ammar, tak dok diam mama snap gambo ye... kan kakak da marah hi hi hi...
salam ;) TQ follow ermayum
satu gigi dah keluar :)
Post a Comment