Apa cerita terbaru ammar??Dah lama mama tak cerita pasal ammar di sini. Sekarang dah bulan 10, 21hb nie ammar genap 8 bulan. Kejap jea masa berlalu. Sakit mama melahirkan ammar masih terasa-rasa lagi.
Ammar dah mula makan bubur. Kuat makan gak si kecik nie. tak apalah mama tak risau sangat berbanding si kakak yang memilih makan. Ikut perangai sapelah si akak tue??Huhuhu..Minum susu pun kuat gak. Sekrang ammar dah fully minum fm. Ammar dah tak breastfeed lagi. Mula-mula mama sedih jugak hasrat tidak kesampaian. Tapi kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Sedih aku sampai pm dekat Puan Farah Farhan pasal masalah aku nie. Tapi nasihat dia rezeki anak itu sampai situ. Lama-lama boleh berfikir secara positif semula. Sebelum nie mama stress jugak.
Apa-apa ammar membesar dengan sihatnya. Ammar sekarang minum susu S26. Setakat nie tak ada masalah minum susu nie. Sekarang ammar dah pandai duduk. Next entry akan diceritakan yea.
Nie gambar masa ammar 6 bulan. Entry kali nie ada 2 keping gambar sahaja. Inilah dia Muhammad Ammar Qayyum....Jeng..Jeng...Jeng..Sangat cool dan selalu kena buli dengan kakak. Kesian si adik.:-)
Inilah ammar. Ramai kata ikut muka papa dia. Yang penting kulit ikut mama yea. Kesian papa. Macam gelap nau pulak laki aku tue yea. Hitam itu bukankah menawan..hahahaha..
Ini gambar ammar masa pi ke Kelantan. Sapelah yang pakaikan ammar spec hitam nie??nak ikut macam papa ke tak leh lekang dengan spec hitamnya itu.
1 comment:
comeyyyyyy sgt2 ammar nie!!
Post a Comment