Sape lagi yang suka bergambar kalau bukan si anak dara aku yang sorang nie. Sangat-sangat suka bergambar. Ikut perangai siapa?No komen. Setiap kali nak bergambar ada jea pose yang dibuatnya. Letih menengoknya. Kalau kawan aku masa belajar dulu selalu cakap tak lalu. Sampai sekarang perkataan itu digunakan bila semalam dia kata tak lalu sebab anak dia nak berdukung jea. Lawak sungguh. Korang tak paham tak apa. Biar aku sorang jea yang paham. :-)
Ini antara gambar adriana yang aku ambil dengan pelbagai pose yang dibuatnya sendiri tanpa diajar mahupun disuruh. Mama pun suka bergambar. Opsss..pecah tembelang. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan?Betul tak?Betul ke ayat yang aku gunakan tue.
Seronok bila tengok telatah anak-anak. Macam-macam ragam yang nak dilayan. Tunggu ammar besar pulak apa pulak ragamnya. Bila dalam keadaan stress tempat ini yang akan aku hilangkan stress dengan melihat kembali gambar-gambar mereka dan akan dijadikan untuk tatapan adrianmmar kelak.
No comments:
Post a Comment