Oh..Bantal Busuk!!!
"Ma, tal..tal.." Inilah yang sering adriana tanya kalau nak tido, nak jalan, nak ke mana pun mesti adriana tanya. mesti adriana cari satu2nya bantal ini. tak tahulah sejak bilalah yang adriana suka sangat dgn bantal nie. aku pun tak perasan. tapi sekarang memang tak dapat dipisahkan dengan teman karibnya si
"Bantal Busuk"
kalau nak tido lagilah kena ada bantal nie..kalau tak adriana memang susah nak tido. nak tengok "Bantal Busuk" adriana???
*
*
*
*
*
*
*
Inilah keadaan rakan karib adriana-si bantal busuk. aku baru jea tukar cover bantal adriana. aku ada buat dua bantal sama jea tapi mesti adriana bukak nak tengok dalam tue bantal yang selalu dibawanya. keadaan dalam tue memangler da tak cantik. aku belikan yang baru. adriana tak mau yang baru. cari gak yang satu. kadang tak payah pakai cover pun tak apa. tapi sebab mengenangkan corak bantal tue kurang menarik aku sarungkan jugak. masa nak tido lagilah adriana akan korek telinga, mata, hidung dengan menggunakan bantal busuk nie. adriana guna bucu2 bantal. kadang adriana menggentel bucu bantal sebelum terlena. memang selalulah adriana macam tue sebelum tido.
inilah adriana dengan teman karibnya-si bantal busuk. risau gak aku tengokkan.
macam mana nak pisahkan adriana dengan "Bantal Busuk"nya??ada tak di kalangan anda yang anak-anak mempunya "Bantal Busuk"? aku ada terbaca info di Utusan Malaysia mengenai "Bantal Busuk"
Ini apa yang aku baca di Utusan Malaysia :
Punca
Mengulas isu minggu ini, Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.
Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.
Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal,” katanya.
Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.
“Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.
“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.
Selamat
Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).
“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.
Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.
“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.
Risau
Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.
“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.
Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.
Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.
“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.
Bantal busuk hingga dewasa
Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.
“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.
Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.
Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.
2 comments:
emmmm baru tau ... itu sume sintom yek ..
daku ado le bantal busuk ... kahhh even smp mama dgn abah terpaksa sorok or buang terus, memula mmg nangis gile... tp now dh 3-4 kali tuko bantal , tetap jd bantal bucuk .. now stil ado , tp kecik jek ..
akil ? xdak ... tido atas lantai tanpa bantal pun x kisah ...
kak zura:tak tahuler ikut perangai sape ada bantal busuk nie..saya tidak ado bantal busuk..ikut papanya kot...hehehehe
Post a Comment