Hari ini 15 April 2010 merupakan cuti rasmi bagi negeri Melaka sempena 'Melaka Bandaraya Bersejarah'. Jadi hari nie kami semua bercuti yea. Untuk makluman, negeri Melaka telah diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage City) oleh UNESCO pada 7 Julai 2008. Memang banyak tempat-tempat bersejarah yang perlu dipelihara dan dijaga oleh rakyat negeri Melaka amnya. Jom berkongsi serba sedikit mengenai tempat kelahiran aku iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah.
Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Rasanya semua orang tahu tentang asal usul dan sejarah negeri Melaka. Melaka adalah sebuah negeri yang kecil yang bersempadankan negeri Johor dan Negeri Sembilan. Negeri Melaka terdiri daripada tiga (3) daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Negeri Melaka memang terkenal dengan tempat-tempat bersejarahnya dan terdapat juga pelbagai tempat-tempat yang menarik untuk anda kungjungi jika anda melancong ke Melaka.
Jadi kepada anda yang telah fikir mana nak melancong..atau tidak tahu ke mana hendak melancong...
Apakata singgah ke Melaka??
‘ Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia’..
Note: Kepada rakan blogger, kalau anda berkunjung ke Melaka bolehlah bagitahu saya..boleh jumpa.:-)
3 comments:
MMG NK PEGI SGT SANA..LAST SMPAI MELAKA THUN 1997.. OIII.. DAH LAMA TU...
fida,
mmg MELAKA sgt besh ooooo ... x rugi g melawat melaka ..
** aritu kite x berjodoh nk jmp .. leps ni hrp2 ado le jodoh yek .
Wahhh....cuti ek
Post a Comment