Showing posts with label Le Familia. Show all posts
Showing posts with label Le Familia. Show all posts

Monday, December 21, 2020

Pertunangan Adibah dan Helmi

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Alhamdulillah, majlis pertunangan anak buah telah berlangsung pada 20 Disember 2020 dengan begitu lancar dan santai setelah tertangguh sejak beberapa bulan lepas akibat PKPB di Selangor. Majlis secara kecil-kecilan dan hanya ahli keluarga sahaja yang ada. 

Sebelah lelaki pun tidak sampai sepuluh orang. Masing-masing tak berani nak jemput ramai-ramai. Musim-musim sekarang ni memang kita menjadi paranoid. Aku baru habis sesi mendebarkan. Letih dibuatnya.

Majlis bermula dalam jam 11.30 pagi. Kami sudah bersiap-siap awal. Kakak sepupu aku jemput aku di rumah jam 9.30 pagi memandangkan aku balik ke Melaka menaiki bas. Jadi non hado kereta. Pikul segala baju yang nak dipakai.

Makanan upah katering. Zaman aku dan kakak sepupu tidak lagi memasak sendiri macam zaman mak-mak kita orang. Kekangan masa yakmat!

Marilah bercerita berdasarkan gambar.

Hantaran pihak perempuan. Towel tu kononnya nak buat swan tapi itulah swan kami terjulur sangat dan sudahnya kami buat kotak.

Kakak dan abang sepupu aku. Zaman dia orang berdating aku jadi penyibuk. Ada masa kakak sepupu aku angkut aku sekali waktu dia orang keluar.

Lima beradik itu. Melayan abang iparnya. Dari kiri, nombor dua, sulung, ketiga, bongsu dan keempat. Aku mengulit dia orang berlima dari dia orang lahir.

Aku dan Adibah. 

Kami berdua lagi. 

Sementara nak menunggu rombongan lelaki sampai. Kami pun bergambarlah tak sudah-sudah.

Pakcik-pakcik kecik melayan si Amanda.

Rombongan lelaki pun tiba.

Tema biru semuanya.

Belah kami tema coklat.

Perempuan-perempuan dalam keluarga.

Dari kiri: Naura Firzanah, Amanda Dareena, Muaz Saifullah dan Muhammad Ammar Qayyum.

Adibah dan bakal mak mentua.

Adibah dan uminya sekali.

Aku dan kakak sulung Adibah dan anaknya, Adam Dreezky.

Kedua-dua belah keluarga.

Le Familia.

Kami punya persamaan. Kami anak sulung. Nama mula dengan A. Aku, Alfidah. Dia, Amirah. Anak sepasang. Sulung perempuan, kedua lelaki. Ada orang tegur, suami kita orang ada iras macam adik-beradik. Suami lain-lain ya. Hahaha. Suami pun nama huruf A juga. Suami aku, Affendy. Suami dia, Alfie. 

Mak ayah lelaki dan perempuan.

Aku dan kakak sepupu aku. Kami memang rapat sejak aku kecil lagi. Kak Wati ni yang melayan aku masa kecil. Dia anak tunggal. Jadi memang aku mengikut dia aje sampailah sekarang. Anak-anak dia kata aku ni arkib umi dia.

Dan inilah, hantaran mereka.

InsyaAllah, lagu Selamat Pengantin baru akan kedengaran selepas Syawal tahun hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan kami. Akhir sekali, tahniah buat Adibah dan Helmi. Dugaan bertunang ni haruslah dikendalikan dengan baik. Paling penting komunikasi yang baik. Pesanan pakar rumahtangga. Hahaha.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Thursday, August 6, 2020

Apabila Boleh Merentas Negeri

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Malam ini baru dapat menulis sebab esok cuti. Johor kan. Entri ini sudah ada dalam draf jadi aku tuliskan juga sedikit coretannya. Kisah kami merentas negeri setelah 3 bulan lebih tidak dapat balik ke Melaka. Teruja? Sudah tentu. Tak tahu nak diungkapkan macam mana masa tu.

Semasa PM umum kebenaran merentas negeri, berjujuk masuk mesej kat aplikasi Whatsapp. Macam-macam kiriman daripada keluarga dan kawan-kawan di Melaka.

"Sis, dah boleh merentas negeri. Bila nak balik Melaka?"

"Kafida, boleh balik dah. Yeah!"

"Kafida, bila PM umum terus teringat Kafida."

Eh, macam-macamlah mesej yang masuk. Aku jadi terharu juga dan bertambah-tambah teruja. Nak balik rumah sendiri. Nak jumpa mak ayah. Nak jumpa keluarga. Nak jumpa kawan-kawan. Ramai yang nak ditemui.

Kebenaran merentas negeri bermula 10 Jun 2020 tapi kita orang balik 11 Jun 2020. Khamis tu pula aku tak kerja. Aku dah siap mohon cuti sebaik sahaja PM umum. Dua minggu terus aku mohon sampai 28 Jun 2020.

Gigih kan?

Teruja kut!

Antara beg yang belum masuk kereta. Punya banyak barang yang diangkut macam nak pindah terus tengoknya.

Sewaktu kami sampai rumah Melaka, jiran sudah siap pasang lampu warna-warni. Terharu lagi aku dibuatnya. Sepanjang kita orang tak balik memang jiran yang jagakan rumah.

Tengok sepenuh-penuh bonet. Ada barang orang kirim kat IKEA juga. Berkotak juga masa ni termasuk barang sendiri.

Hari pertama di rumah. Misinya adalah untuk mengemas rumah. Satu rumah aku kemas. Buang benda yang dah tak pakai. Aku susun balik buku-buku dalam bilik. 4 bilik aku kemaskan.

Anak-anak buah aku pun tidur kat rumah. Riuh sikit rumah.

Kembali kepada asal ruang ini.

Anak-anak buah datang masa aku sibuk berkemas. Tak dapat nak masak apa-apa. Aku dah siap order roti jala.

Kawan hantarkan set ini. Mula-mula suruh dia pos ke JB tapi sebab nak balik Melaka aku kata tak payah pos. Kalau nak cuba Essential Oil ni boleh roger aku ya.

Lampu tu aku beli kat IKEA. Dapat juga wishlist.

Rak buku ni pun beli kat IKEA.

Nayli, anak buah aku. Dia antara yang membantu aku mengemas rumah.

Laksa ni aku order dengan kawan aku kat JKM.

Anak-anak buah datang bawa kek sempena hari lahir aku. Selagi bulan Jun tak habis aku diraikan saja. Terharu lagi aku dibuatnya.

Roti jala aku order dengan kawan setaman yang aku kenal mula-mula daripada blog.

Aku dan anak adik, Naura.

Sekali lagi kami bergambar lagi.

Itulah fasa pertama cerita aku balik ke Melaka sepanjang tiga bulan lebih tidak pulang. Seronok. Bersyukur sangat-sangat masih diberikan peluang untuk bertemu dengan mereka. Nanti aku sambung lagi. Sepanjang dua minggu banyak benda yang dapat aku lakukan walaupun tidak semuanya. Paling puas hati apabila dapat mengemas rumah.

Nantikan cerita kejutan untuk mak mentua, hari lahir ayah, makan-makan di rumah sepupu, jumpa kawan-kawan sekolah, kawan-kawan JKM dan banyak lagi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, April 21, 2020

Pesanan Khidmat Masyarakat Versi Keluarga

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Semalam gigih masing-masing aku suruh ambil gambar. Walau berjauhan, biarlah masih tetap berhubung dengan cara-cara begini. Ini keluarga versi besarlah kiranya. Sepupu, adik ipar, anak-anak buah. Jadilah dapat berkumpul cara begini dalam tempoh PKP.

Perhubungan jarak jauh kiranya. Bila rindu makin menggebu beginilah cara melepaskan. Sepatutnya, kami patut ada plan berbuka puasa bersama. Biasalah tempat berkumpul di Melaka tetapi kita hanya mampu merancang. Allah sebaik-baik perancang.










Pesanan khidmat masyarakat daripada kami versi Le Familia.
Stay home, stay safe everyone.


Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim