Assalamualaikum.
Selamat malam.
Alhamdulillah, majlis pertunangan anak buah telah berlangsung pada 20 Disember 2020 dengan begitu lancar dan santai setelah tertangguh sejak beberapa bulan lepas akibat PKPB di Selangor. Majlis secara kecil-kecilan dan hanya ahli keluarga sahaja yang ada.
Sebelah lelaki pun tidak sampai sepuluh orang. Masing-masing tak berani nak jemput ramai-ramai. Musim-musim sekarang ni memang kita menjadi paranoid. Aku baru habis sesi mendebarkan. Letih dibuatnya.
Majlis bermula dalam jam 11.30 pagi. Kami sudah bersiap-siap awal. Kakak sepupu aku jemput aku di rumah jam 9.30 pagi memandangkan aku balik ke Melaka menaiki bas. Jadi non hado kereta. Pikul segala baju yang nak dipakai.
Makanan upah katering. Zaman aku dan kakak sepupu tidak lagi memasak sendiri macam zaman mak-mak kita orang. Kekangan masa yakmat!
Marilah bercerita berdasarkan gambar.
Hantaran pihak perempuan. Towel tu kononnya nak buat swan tapi itulah swan kami terjulur sangat dan sudahnya kami buat kotak.Kakak dan abang sepupu aku. Zaman dia orang berdating aku jadi penyibuk. Ada masa kakak sepupu aku angkut aku sekali waktu dia orang keluar.
Lima beradik itu. Melayan abang iparnya. Dari kiri, nombor dua, sulung, ketiga, bongsu dan keempat. Aku mengulit dia orang berlima dari dia orang lahir.
Kami punya persamaan. Kami anak sulung. Nama mula dengan A. Aku, Alfidah. Dia, Amirah. Anak sepasang. Sulung perempuan, kedua lelaki. Ada orang tegur, suami kita orang ada iras macam adik-beradik. Suami lain-lain ya. Hahaha. Suami pun nama huruf A juga. Suami aku, Affendy. Suami dia, Alfie.
Aku dan kakak sepupu aku. Kami memang rapat sejak aku kecil lagi. Kak Wati ni yang melayan aku masa kecil. Dia anak tunggal. Jadi memang aku mengikut dia aje sampailah sekarang. Anak-anak dia kata aku ni arkib umi dia.
No comments:
Post a Comment