Friday, June 18, 2021

Saya Sudah Divaksin

Assalamualaikum.

Hai semua.

Alhamdulillah, tanggal 17 Jun 2021 aku telah mendapat slot untuk vaksin Covid-19. Dapat tahu dari jabatan sehari sebelum hari kejadian. Aku dapat slot bawah jabatan. Jadi beramai-ramailah satu jabatan ke tempat vaksin pada hari kejadian.

Masa dapat tahu esoknya akan divaksin, hati sudah tidak keruan. Aku ni sudahlah penakut jarum. Macam tak bersedia saja. Mulalah gundah-gulana hidupnya. Aku sudahlah baru diserang gatal-gatal satu badan. Beberapa hari lepas dek tak tahan kerana kegatalan, aku menyerah ke klinik. Dua malam aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Doktor tanya nak injection atau tidak. Aku jawab nak makan ubat dulu. Kah!

Dasar penakut!

Akhirnya, kena juga suntik vaksin. Ini memang tak boleh nak elak. Takut ke seram ke, kena juga hadap. Tawakal saja. Alhamdulillah sebelah malam aku boleh tidur. Kalau boleh tidur tu tak adalah ketara sangat kerisauannya.

Aku kena vaksin di Dewan Raya Taman Universiti, Johor Bahru. Kenalah ikut kawan-kawan pejabat sebab aku bukan tahu jalan nak ke sana. 

Inilah suasana pagi itu.

Sampai saja terus duduk di bawah khemah menunggu giliran untuk divaksin.

Aku dan Encik Rahman; belakang aku tu. Dia pegawai kat JTK.

Ini dua orang pun ofismate aku. Steady saja yang baju ungu tu.

Dua orang sebelah depan tu pun ofismate.

Aku yang semakin menghampiri giliran.

Semakin mendebarkan waktu ini.

Dan akhirnya, selesai semuanya setelah bermacam-macam rasa yang membelenggu diri. Masuk saja dewan mula dari kaunter 1 hinggalah ke tempat pemerhatian. Masa kat kaunter 1 aku sudah maklumkan pada jururawat tentang masalah yang baru berlaku pada diri aku. Ekzema. Jururawat bawa berjumpa dengan doktor dulu samada aku boleh ambil vaksin atau tidak. Kemudian doktor kata boleh.

Di saringan yang lain, seorang lelaki yang aku kira jururawat juga, dia menyoal aku tapi aku dengar hujung-hujung saja. Hamil? Ya, aku dengar hamil saja.

Aku soal dia balik. Siapa yang hamil?

Sudahnya dia suruh aku baca soalan nombor tiga di kertas yang dihulurnya. Aku kalau cemas-cemas, memang datang bodoh aku. Bapak saya bilang hari ni hari bodoh saya.

Aku dan Afita.

Aku dan Azeeq. Kami berdua asal Melaka jadi kenalah bergambar sebagai kenangan. Orang Melaka vaksin di Jaybee.

Kawan aku lagi dua ni di belakang. Jadi tak dapat nak bergambar bersama. Dapat gambar dia orang dalam grup saja.

Setengah jam pemerhatian aku boleh balik. Balik pejabat kemudian terus balik rumah. Penangan lepas vaksin aku balik nak lalu kat depan Plaza Pelangi tapi boleh terlajak sampai EDL. Sampai-sampai rumah cari makanan. Punya kelaparan. Kemudian bantai tidur. Mengantuk yang amat.


Itu sahaja coretan untuk vaksin dos pertama. Dos kedua 8 Julai 2021. Semoga dipermudahkan dan semoga baik-baik saja. Setakat ini, tempat cucuk tu sengal-sengal. Badan sakit-sakit aja. Sakit lain alhamdulillah tak ada. Semoga vaksin Sinovac ini serasi dengan badan aku. Aamin.

Sekian.

Xoxo.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Alhamdulillah . Tahniah dh divaksin