Thursday, June 10, 2021

Bertambahnya Usia

Assalamualaikum.

Hai semua.

Jun adalah bulan aku. Kedatangan Jun bermakna usiaku akan bertambah dan tanggal 2 Jun 2021, genaplah usia aku 38 tahun. Semakin bertambah usia. Semakin tua. Semakin dekat dengan mati. Semoga pertambahan usia ini membuatkan aku terus istiqomah dalam melakukan kebaikan dan perkara-perkara yang diredai oleh-Nya.

Tidak disangka ada yang masih mengingati hari lahir aku. Ada yang bertanya aku tak set tarikh lahir kat FB ke? Memang tak buat pun. Hanya yang rapat-rapat yang ingat tarikh lahir aku. Itu pun sudah memadai.

Cukup terharu.

Ada hadiah daripada kawan-kawan sekolah. Ada yang dari kawan-kawan kat JKM. Oh, rindunya dengan suasana kerja di JKM. Ada hadiah daripada Geng Lari. Ada hadiah daripada jiran. Ada yang daripada sepupu dan anak buah serta tidak ketinggalan keluarga aku semestinya.

Ini kejutan sehari sebelum kita lockdown. Daripada kawan sekolah aku, budak convent.

Dia hantar kat rumah mak. Kebetulan masa tu aku ke kedai. Jadi tak jumpa dia pun.

Thanks Khalisah.

Ini pula dalam pada aku baru keluar rumah mak, ada seseorang telefon. Katanya nak hantar seprais. Dah sampai depan rumah katanya. Kelam-kabut aku memandu.

Rupanya anak buah aku yang kat Shah Alam hantar seprais. Bibik sayang ko jugak.

Dan pagi hari 2 Jun, biras aku datang hantar seprais yang anak-anak order. Kebetulan biras memang buat seprais-seprais. Senang dia orang order dengan mak uda dia orang.

Biras aku jual brownies. Orang Melaka boleh cari kat page dia Mummy Brownies. Namanya Kathy Noor.

Dalam tengah hari ada orang telefon kata nak hantar makanan.

Rupanya Geng Lari yang hantar. Thanks kakak-kakak.

Dari tempoh hari teringin nak order krimpaf buntat tapi itulah rezeki daripada mereka.

Aku nak suruh anak aku keluar ambil tapi orang tu suruh aku yang keluar. Berposak sarung jubah. Mujurlah pakai mask. Tak yah berlipstick. Mujur juga mask aku tak senget.

Hadiah-hadiah siap anak aku susunkan.

Hadiah pemberian biras.

Dia beri pen. Siap ada ukiran nama. Katanya boleh guna masa nak sign apa-apa. Macam kena keluar novel kedua. Boleh sign guna pen ni.

Menjelang petang ada lagi yang datang. Konsep berjubah hari tu.

Rezeki banyak sungguh hari tu.

Rupanya daripada kawan-kawan JKM. Ada yang sudah bersara. Ada yang sudah bertukar. Terima kasih CC Noraini, Kak Rehan, Haji Gapal, Pakcik Fadil, Myra dan Kak Nisah. Kak Nisah tu sebenarnya dia ada beri hadiah lain. Dia pos telekung kat aku.

Sejadah pemberian anak sedara.

Ada ukiran nama juga.

Ini kawan aku masa kerja di JKM. Dia dulu kerja sementara. Sampai sekarang masih berkawan meskipun dia sudah jadi pegawai.

Cantik brooch pemberiannya.

Ini pemberian daripada suami. Dapat juga aku menggunakan Shogun.

Esoknya 3 Jun, aku masih hadiah lagi.

Daripada kakak sepupu aku.

Kemudian Geng Bibir bagi pokok bunga. Sudah aku letakkan di meja hiasan aku.

Tudung pemberian jiran.

Ini pula hadiah daripada Geng Kalis. Geng Kalis kawan-kawan sekolah aku.

Dia orang beri periuk ke kuali ni panggilnya. Tiba-tiba jadi bodoh. Siap sudip lagi.

Siap ada ukiran lagi kat pemegangnya.

Memandangkan lockdown, aku sambut hari lahir dengan anak-anak saja di Melaka. Suami di JB.

Anak sulung aku yang suruh berposing dengan hadiah-hadiah. Layankan sajalah. Dia yang rajin melayan benda-benda ni. Menurun daripada aku sungguh. 

Itu sahaja cerita gembira walaupun masa tu sudah menghitung hari untuk kembali ke pangkal jalan. Mahu tidaknya. Dua bulan di tempat sendiri. Dua bulan di rumah sendiri. Dua bulan aku bertenang-tenang tanpa kekusutan. Apa pun aku bersyukur Allah berikan aku peluang untuk merasai detik itu. Terima kasih juga pada suami yang mengizinkan. Alahai, air mata bergenang. Lagu pula macam sedih saja. Sedang dengar lagu Alyah, Thank You Allah. Best korang! Cubalah dengar.

Boleh layari blog aku satu lagi INI CERITERA AKU.

Salam pena,
Fyda Adim


3 comments:

as samsudin said...

Selamat Hari Lahir Fyda...untungnya ramai yang sayang...

Warisan Petani said...

Tahniah
Hbb
Hebat awak

NA said...

Banyak dapat hadiah.
Saya pernah rasa krimpaf buntat. Sedap.