Assalamualaikum.
Hai semua.
Alhamdulillah, tanggal 17 Jun 2021 aku telah mendapat slot untuk vaksin Covid-19. Dapat tahu dari jabatan sehari sebelum hari kejadian. Aku dapat slot bawah jabatan. Jadi beramai-ramailah satu jabatan ke tempat vaksin pada hari kejadian.
Masa dapat tahu esoknya akan divaksin, hati sudah tidak keruan. Aku ni sudahlah penakut jarum. Macam tak bersedia saja. Mulalah gundah-gulana hidupnya. Aku sudahlah baru diserang gatal-gatal satu badan. Beberapa hari lepas dek tak tahan kerana kegatalan, aku menyerah ke klinik. Dua malam aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Doktor tanya nak injection atau tidak. Aku jawab nak makan ubat dulu. Kah!
Dasar penakut!
Akhirnya, kena juga suntik vaksin. Ini memang tak boleh nak elak. Takut ke seram ke, kena juga hadap. Tawakal saja. Alhamdulillah sebelah malam aku boleh tidur. Kalau boleh tidur tu tak adalah ketara sangat kerisauannya.
Inilah suasana pagi itu.
Aku yang semakin menghampiri giliran.
Dan akhirnya, selesai semuanya setelah bermacam-macam rasa yang membelenggu diri. Masuk saja dewan mula dari kaunter 1 hinggalah ke tempat pemerhatian. Masa kat kaunter 1 aku sudah maklumkan pada jururawat tentang masalah yang baru berlaku pada diri aku. Ekzema. Jururawat bawa berjumpa dengan doktor dulu samada aku boleh ambil vaksin atau tidak. Kemudian doktor kata boleh.
Aku dan Azeeq. Kami berdua asal Melaka jadi kenalah bergambar sebagai kenangan. Orang Melaka vaksin di Jaybee.
Kawan aku lagi dua ni di belakang. Jadi tak dapat nak bergambar bersama. Dapat gambar dia orang dalam grup saja.
1 comment:
Alhamdulillah . Tahniah dh divaksin
Post a Comment