Tuesday, June 8, 2021

Kembali Setelah Dua Bulan

Assalamualaikum.

Selamat petang. 

Rehat sebentar selama satu jam sebelum menyambung kerja dari rumah. Hari ini BDR (bekerja dari rumah). Jadi memang di rumah sajalah. Nak siapkan beberapa laporan yang perlu dihantar. Biasalah bahagian kewangan akan sibuk awal dan akhir bulan. Mana yang perlu diutamakan kita utamakan.

Apa yang kembali setelah dua bulan?

Aku kembali bertugas setelah dua bulan mengambil Cuti Separuh Gaji untuk menjaga mak ayah. Sebenarnya Mac tempoh hari, ayah dimasukkan ke hospital sebab badannya terlebih ayah. Untuk makluman, ayah seorang pesakit buah pinggang. Jadi doktor sarankan untuk tebuk perutnya bagi mengeluarkan air dalam badan.

Badan ayah waktu tu memang sembab. Memang merisaukan. Air yang diminum perlu disukat tapi yelah orang tua kan. Faham-faham saja karenahnya. Kita tengok dia dah banyak minum air. Tapi dia kata tidak.

Begitulah.

Kena banyak-banyak bersabar apabila menjaga orang tua. Sebelum ini adik sudah pernah mengambil cuti separuh gaji. Jadi giliran akulah pula. Dah duduk jauh beginilah pula situasinya. Kena belajar ikut keadaan. Bukan keadaan ikut kita.

Dan ahad tempoh hari, 6 Jun 2021 aku kembali bekerja. Aku datang pejabat sekejap untuk menyiapkan laporan sebab nak kena tengok pada sistem. Siap aje kerja aku balik sebab tak boleh berada di pejabat lebih empat jam.

Inilah keadaan ayah sewaktu di hospital.

Hari pertama aku bekerja. Perasaan macam hari pertama nak lapor diri. Selalu cuti lama bila bersalin. Ini cuti lama bukan faktor beranak. Mana tahu lepas ni kan. Eh! Hahaha.

Baju OOTD ke kerja itu sebenarnya baju bridesmaid yang sepatutnya dipakai sewaktu majlis perkahwinan anak sedara aku tapi itu sebab PKP tidaklah boleh diadakan majlis. Nanti aku ceritakan selanjutnya. Dia sudah selamat menikah pada 5 Jun 2021 yang lepas.

Itu sahaja entri hari ini setelah berbulan-bulan tidak menulis di sini. Boleh jengah blog aku lagi satu untuk kisah-kisah penulisan dan juga dunia buku.


Salam pena,
Fyda Adim

4 comments:

Warisan Petani said...

Semoga ayah Fyda cepat sembuhnya

ibuayu said...

Besar pahala fyda dapat jaga ayah yg sakit...

as samsudin said...

Welcome back Fyda...
Kerja elok-elok.... lepas ni update2 la blog selalu...

SalbiahM said...

Semoga ayah Fyda kembali sihat