Assalamualaikum.
Selamat tengah hari.
Sementara nak datang mood masuk dapur aku tulis sikit blog buat kenangan masa akan datang. Baiklah, entri pendek-pendek aje sebab nak kejar masa. Ini adalah kejadian masa 22 dan 23 Ramadhan. Aku pun dah tak berapa nak ingat. Dua tiga hari ni sibuk dengan buat macam-macam. Jadi memang tak sempat nak tulis blog pun.
Aku masak masa 22 Ramadhan. Dah puas makan kat luar kita masak pula. Nasi goreng aje.
Kononnya nak buat kerabu maggi tapi tak cukup bahan. Hentam sajalah.
Nasi goreng petai ilham daripada drama Nur. Hahaha.
Ini roti john yang aku beli untuk dibawa balik ke rumah mentua. 23 Ramadhan tu kita orang empat beranak berbuka kat rumah mak mentua. Oleh sebab aku kerja, kita orang menapau di bazar ramadhan aje.
Balik dari rumah mentua sempat singgah mamak pekena segelas teh tarik dan sepinggan maggi goreng.
Kad raya yang aku terima jumaat tu. Terima kasih sahabat jauh.
Itu sahaja entri ringkas aku untuk tengah hari. Nak tulis beberapa entri sebelum aku berhenti sekejap untuk cuti raya. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment