Assalamualaikum.
Selamat pagi semua.
Selamat berhujung minggu. Hujung minggu pasti yang ditunggu-tunggu. Minggu ni aku tak berapa nak menunggu sangat sebab dah seminggu aku mereput kat rumah. Dak kakak cuti sakit sampai selasa depan. Samalah dengan aku cuti kuarantin sampai selasa. Tahun lepas pun aku dapat cuti kuarantin masa bulan puasa jugak.
Adalah hikmahnya. Allah dengar. Entahlah sebab aku baru terdetik dalam hati fasal sesuatu. Fasal diri sendiri sebenarnya. Biarlah aku simpan sendiri. Itu orang kata kalau nak terdetik atau berkata sesuatu biarlah yang baik-baik. Tapi yang aku terdetik ni bukanlah aku mintak anak aku sakit ye. Nanti ada pula yang salah faham tentang apa yang aku tulis.
Ini hari kedua aku cuti kuarantin. Sebab cuti tidaklah aku huru-hara sebelah pagi. Santai aje sarung baju apa pun, kemudian keluar ke sekolah hantar adik dan balik rumah. Santai habis.
Kemudian aku tulis kad raya yang berpuluh-puluh ini. Sudah selamat diposkan.
Petang itu masak untuk berbuka seperti biasa. Inilah hasil aku berkungtau kat dapur.
Aku ulang masak mee kari.
Sambal ikan bilis petai lebihan malamnya.
Sayur sawi tumis air aje.
Itu sahajalah kisah ramadhan ke lima belas. Sekejap sahaja sudah lima belas hari. Perasaan sedih mula menjalar dalam diri bila Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Serius. Ramadhan pasti akan dirindui. Semoga amalan kita diterima Allah swt.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment