Salam jumaat.
Selamat petang.
Hari ini lambat entri nak keluarnya. Semalam dah kepenatan mood nak menulis pun tak ada. Sudahnya aku tidur. Malam tadi melayan drama Nur. Sudah scene sedih-sedih. Jenuh nak melayan mata. Aku masih lagi cuti kuarantin. Semalam pagi hantar Dak Adik ke sekolah macam biasa. Kemudian tengah hari jemput dia balik sekolah. Kemudian singgah pejabat pos sebab nak beli setem dan pos barang.
Jun dah membuka tirai. Ini bulan keterujaan aku. Hahaha. Jun adalah bulan kelahiran aku. Itu sebab terujanya lain macam menyambutkan kedatangan dia.
Teruja?
Umur dah meningkat.
Semakin tua.
Semoga semakin matang hendaknya seiring dengan umur.
Aku pun harap dapat khatamkan sebelum habis Ramadhan ini. Allah. Mudah-mudahan dapatlah hendaknya. Aku memang target untuk Ramadhan kali ini. Semoga dipermudahkanlah. InsyaAllah.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
2 comments:
wahhhhh memang patutlah special, birthday rupanya :D
Semoga dipermudahkan-Nya
Aamiin
Post a Comment