Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat tengahari semua. Semoga berada dalam keadaan baik-baik saja buat pembaca yang singgah di blog ini secara sengaja mahu dengan sengaja, Ada ke pembaca blog ini? Harap apa yang aku kongsikan di blog ini dapat dijadikan manfaat pada semua. Kalau entri berkaitan dengan ekluarga sekadar berkongsi kegembiraan. Tidak lebih dari itu.
Berbalik kepada tajuk entri, inilah dilema yang menghantui diri aku sekarang. Sama ada aku sudah terlalu lama bekerja di jabatan ini atau pun mungkin sebab sekeliling. Mengikut perkiraan sudah hampir sepuluh tahun aku di sini. Mungkin aku patut berubah angin.
Lagi pun kebanyakkan kawan-kawan lama dah bersara dan bertukar. Yang tinggal ni pun baru. Batch saing aku masa 2006 memang sudah tiada. Yang ada sorang nak bersara. Bab kerja memang tak usah cakaplah. Malas nak dibangkitkan. Bersabar dan bertabahlah.
Setiap pagi kalau sampai awal aku akan lepak dulu di parking sebelum naik ke atas. Mengumpul semangat kekdahnya. Hehehe..Berilah aku kekuatan untuk melakukan pekerjaan aku. Ada seseorang yang perasan masalah yang menghantui diri aku. Aku sudah tidak bersemangat untuk bekerja. Sebenarnya persekitaran yang membuatkan aku begini. Tak ada support daripada orang atas. Sekian.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment