Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat pagi semua.
Selamat pagi sayangku.
Apa khabar dirimu?
Maafkan andai menganggu lenamu...
Tahu tak lagu apa? Tak tahu boleh tanya pakcik google.
Baiklah, malam tadi tertidur. Seperti biasa mulanya mahu tidurkan anak-anak saja. Dengan mak sekali hanyut. Tapi rasanya mak hanyut dulu daripada anak-anak. Itu perkara biasa. Kemudian dalam jam 11.30 terjaga sebab terdengar bunyi telefon bimbit aku. Rupanya asben. Berbual-bual. Dari telefon bimbit beralih ke telefon rumah. Maklumlah line kat rumah aku macam duduk dalam gua.
Malam tadi dalam masa terjaga ada teringat nak menulis tapi sudahnya terbantut. Aku bangun masak nasi sebab nak makan sahur. Kemudian on pc ingat nak buat kerja. Memang dah set mind anak-anak tidur memang aku nak bangun buat kerja. Macam-macam kerja yang dah aku set dalam kepala.
Sebaik sahaja aku on komputer, aku dengar bunyi guruh sayup-sayup aje. Lama kelamaan makin kuat. Memang tidaklah aku dapat buat kerja. Aku cepat-cepat off komputer. Takut. Kang tak memasal rosak streamyx aku. Aku dan internet tidak dapat dipisahkan. Jadi baiklah aku mengambil langkah berhati-hati.
Gambar di atas sekadar perkongsian. Rezeki memang tidak pernah salah alamat. Kalau kita mengharap sesuatu untuk menjadi milik kita namun tidak tercapai apa yang diimpikan, jangan kecewa. Pujuklah hati.
Begitulah kisah aku. Ini sedang memujuk diri sebab tak dapat laksanakan kerjaan malam tadi. Tertangguh lagi kerja-kerja aku. Bawa-bawa bertenang. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
2 comments:
Set macamana pun kalau tak ada izinNya tak jadi jugakan Fyda.
Betul Fyda.. kat umah as pun boleh dikatakan tiap2 mlm hujan guruh kilat ribut semua ada. Tv pun tak berani nak buka...
Post a Comment