Sunday, May 8, 2016

Jumaat Nan Indah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Jumaat.

Hari yang aku selalu hitung untuk cepat sampai. Setiap minggu. Bila jumaat bertandang, hari tersa begitu girang. Sebab apa?

Suami ada.

Kemudian sabtu boleh meluangkan masa bersama suami dan anak-anak. Bila cuti dia setiap jumaat dan sabtu, aku pula cuti sabtu dan ahad memang agak terhad masa kami. Apa boleh buat. Walaupun adakalanya dalam hati merintih. Demi tanggungjawab dan demi tugas.

Jumaat lepas dari pagi hingga ke malam hari aku dipenuhi dengan makanan. Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang untuk menikmati makanan yang sedap-sedap.

Pagi jumaat itu, aku order mee bakso dari kawan sepejabat. Dia meniaga bakso. Jadi tak payah aku keluar untuk mencari sarapan.

Tengahari pula aku dan kawan aku, Mira Mokhtar ke Old Town. Menu aku hari itu.

Inilah Mira Mokhtar. Dia menikmati asam laksa. Masa ni masing-masing sudah kelaparan.

Balik dari makan, kami singgah isi minyak kereta aku. Aku ni memang tak pernah isi minyak sendiri. Takut! Mira yang isikan. Kemudian aku nak pam tayar pula. Mira tak reti. aku pernahlah asben ajar hari tu. Maka aku gigihkan juga mengepam tayar dengan berbagai aksi. Dalam takut kena beranikan diri juga. Wanita berdikari.

Malam pula outing empat beranak. Keluar makan lambat. Dekat jam 10 malam sebab asben kepenatan. Kami decide mahu makan roti nan. Lagipun dah agak lama juga tidak ke Pak Putra menikmati cheese nan yang sedap gile tu.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

adianiez AIDA said...

fida ni memang tegar old town ekk?
tiap hari makan situ hi hi...
nasi lemak dia feveret kami.