Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat pagi sekali lagi. Entri kali ini tentang menjadi surirumah sepenuh masa. Semalam aku cuti jadi dapatlah merasa menjadi surirumah. Seronoklah tak perlu terkejar-kejar nak ke pejabat untuk punch tepat pada masanya.
Kalau hari isnin memang aku selalu terlewat lima ke sepuluh minit sebab nak tempuh kesesakan jalan. Mana taknya lepas hantar anak-anak ke sekolah, aku perlu singgah rumah mak dulu untuk hantar beg baju dia orang. Lepas sekolah masing-masing balik sana.
Jadi pagi tadi tak perlu kelam-kelibut, tak perlu berlari-lari anak dalam rumah sebab mengejar masa. Seronokkan kalau dapat begitu. Hantar anak-anak kemudian balik kemas-kemas rumah pula. Gitulah. Hah, aku boleh memasang angan-angan saja.
Belum masanya. Mahu berhenti kerja perlukan simpanan dua tiga tahun untuk menampung kehidupan selepas berhenti. Tapi bila stress di tempat kerja memang angan-angan itu sesekali menerpa dalam diri. Manalah tahu ada rezeki umur 40 tahun boleh bersara. Hahaha...Itu saja angan-angan aku buat masa ini. Angan-angan itu percuma! Jadi tak salah kalau kita berangan. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment