Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat pagi semua. Yeah, hari ini sudah khamis. Esok jumaat. Menjalani rutin harian seperti biasa. Ada masa seperti tidak cukup nafas. Kadang anak-anak dengan mood swing awal pagi. Maknya terus bertukar hijau. Adriana dah tak ada apa cuma risaukan si Ammar yang baru nak sesuaikan persekitaran baru.
Berbalik kepada tajuk, anak aku baru dua orang. Lagi dua orang tu anak adik. Anak buahlah kan. Nak dijadikan kisah, tempoh hari adik ipar aku warded. Ceritanya ada di SINI. Beberapa hari dia di hospital, emaknya pula kembali ke rahmatullah bersamaan 2 Januari 2016. Jadi hari tu adik ipar mintak aku jagakan anak-anaknya.
Bawak mereka sarapan.
Berangan kalau anak empat orang. Beginilah keadaan aku kan. Hehehe. Tengoklah si kecik tu bulat-bulat mata pandang air teh.
Kemudian kami ke Mydin sebab nak cari barang sekolah yang tak cukup-cukup. Sampai tertidur si kecik tu. Anak-anak aku sendiri aku tak pernah kendong gitu. Selalu asben yang kendong. Alih-alih kendong si kecik ni. Tidur pulak tu. Dapat rasa tak kasih sayangnya? Masa aku suruh asben amik gambar ni, asben kata anak orang. Yelah, maksudnya dia macam tahu-tahu aku ni berangan anak kecik. Hehehe...Tapi itulah sebab membelek si Naura ni dari lahir walaupun sesekali aku semakin sayang padanya. Lain perasaannya. Naura oh naura!
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment