Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
3.1.2016
Selamat pagi buat semua pembaca blog ini. 2016 telah membuka tirainya. Hari ini sudah masuk hari ketiga kita melangkah ke tahun baru. Selamat tahun baru untuk semua.
Permulaan untuk kita menelusuri tahun 2016 pula. 2015 sudah pun meninggalkan dengan segala rasa. Semoga tahun ini akan memberi sinar. Biarlah menanti dengan sejuta harapan. Biarlah datang dengan azam baru dan semangat yang baru.
Melangkah sahaja ke tahun baru, makanya umur pun bertambah lagi. Semakin menginjak tua. Kalau diikutkan tahunnya, tahun ini aku double 3. Uhukkkkk...Batuk tersedak. Itu hanya sekadar angka. Hahaha...
Azam tahun baru untuk diri sendiri, mahu belajar tuang minyak kereta sendiri. Hahaha...Moga berjayalah. Selalu semangatnya ada tapi bila sampai masa mulalah datang imaginasi yang bukan-bukan. Ini kes pernah mimpi stesen mintak meletup. Penangannya sampai ke hari ini.
Esok bermulalah kembali rutin harian hakiki. Kembali ke pangkal jalan. Mari bertugas semula setelah dua bulan bercuti. Kembali dengan pagi-pagi yang kelam-kabut. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan aku serta anak-anak.
Semoga tahun 2016 memberi kita kebahagiaan, ketenangan, kesenangan, kesejahteraa, kemudahan, kelapangan, ketabahan, kekuatan serta kejayaan. Segala episod duka dan lara jadikan kenangan dan iktibar. Semoga kita sukses selalu. Itu sahaja entri pertama untuk tahun baru ini. Akan menyusul entri-entri lain. Sekian dan wassalam...
Salam pena,
No comments:
Post a Comment