Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat pagi semua. Rabu yang indah dan pagi yang ceria. Semoga dipermudahkan segala urusan kita untuk hari ini. Aku seperti biasa dengan rutin hakiki setiap pagi menghantar anak-anak ke sekolah. Awal pagi sudah berlibur di atas jalan raya.
Baiklah, kembali kepada tajuk di atas. Tanggal 20 Januari adalah hari istimewa untuk my princess. Hari ulangtahun kelahirannya. Hari ini genaplah Nur Adriana Qistina ke angka lapan tahun. Walaupun sudah lapan tahun berlalu, kisah mama bertarung nyawa di bilik bersalin untuk melahirkan anak dara ini masih segar di ingatan. Akibat terlampau lama untuk melahirkan dia, akhirnya kaedah vakum digunakan.
Inilah wajahnya beberapa hari sebelum genap usianya ke lapan tahun. Sekarang dah pandai buat permintaan nak pakai tudung. Jadi aku baru belikan dia beberapa helai tudung. Untuk Adriana anak mama, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Itu sahaja entri ringkas untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
1 comment:
Happy birthday adriana....sebaya dgn faiz..tp budak perempuan muka cepat matang hehe
Post a Comment