Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....
Selamat pagi semua. Seminggu tanpa entri. Kesibukan. Kesuntukan masa. Semua mahu diselesaikan segera. Mana mahu kejar buat kerja rumah. Mana mahu melayan anak-anak dan suami. Macam-macam hal. Begitulah kehidupan seorang isteri yang bekerja. Tak payah nak kecoh sangat macam aku seorang yang sibuk. ^____^
Minggu lepas agak kalut sedikit bila suatu pagi sewaktu mahu menghidupkan kereta tetapi tidak boleh. Beberapa kali juga aku cuba. Sudahnya aku tumpang kereta kawan yang tinggal setaman dengan aku. Kebetulan pula hari itu suami ada kerja di Melaka. Jadinya dia sudah hantar anak-anak ke rumah mak. Begitulah aturanNya.
Begitulah kehidupan kita. Adakalanya didatangi ujian tanpa kita duga. Adakalanya juga ujian itu menghilangkan semangat, keyakinan dan kekuatan dalam diri. Namun untuk meneruskan kehidupan kita perlu mengharungi ujian itu. Perlu mencari kekuatan untuk menempuhnya sebaik mungkin jangan sampai kita hilang pertimbangan diri.
Semoga kita semua dapat melalui kehidupan ini dengan kebahagiaan hakiki. Jangan dicari kebahagiaan diri pada orang lain.Jangan memusnahkan kebahagiaan orang lain demi mencari kebahagiaan untuk diri sendiri. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment