Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Selamat kembali bekerja setelah dua hari bersantai-santai di rumah dan selamat cuti sekolah kepada anak-anak semua. Jumaat lepas berakhirlah sesi persekolahan untuk tahun ini. Makanya, buat anak aku Adriana, berakhirnya darjah satu untuknya. Cuti sekolah memang ditunggu-tunggu bagi aku. Menghitung hari sebenarnya. Kalau dulu anak-anak belum sekolah memang tidak heran pun.
Sejak aku menguruskan sendiri hal anak-anak memang adalah perkara yang mencabar. Berdikari untuk menguruskan hal sendiri dan juga hal anak-anak. Pagi-pagi rushing untuk menghantar Adriana ke sekolah. Lambat lima minit keluar dari rumah memang merosakkan masa sendiri. Kalau lambat memang jalan sesak. Pagi-pagi sudah melalui tekanan perasaan. Hahaha...
Usai menghantar Adriana pula, pecut ke rumah mak. Hantar si adik pula kemudian Ammar akan ikut adik ipar aku ke sekolah. Adik ipar yang tolong hantarkan. Selesai urusan anak-anak, aku pecut lagi ke tempat kerja pula. Kalau dulu aku sempat masuk kerja jam 7.30 pagi sekarang terpaksa pilih WP2 iaitu jam 8.00 pagi. Itu pun kadang-kadang terbabas masanya. Memang kadang tumb print merah. Nasiblah kan. Itu kisah paginya.
Sebelah petang pula tepat jam 5.00 petang aku mesti bergegas meninggalkan pejabat. Jangan kau berangan nak jalan ala-ala model. Aku tak boleh sampai lewat di tempat tuisyen Adriana. Memang kerja aku memecut aje. Kadang memang segala organ dalam perut pun turut terasa kecut. Lepas menjemput Adriana suruh dia bersiap-siap pula untuk pergi mengaji.
Selesai semuanya barulah aku pulang ke rumah. Itu pun kadang-kadang aku sudah siap makan kat rumah mak. Jadi balik boleh mengadap anak-anak. Buat kerja sekolah dan lepak-lepak tengok tv sebelum masuk tidur. Beg sekolah, beg baju dan segala macam beg memang aku siap sebelah malam. Kalau buat semua sebelah pagi memang lambatlah. Begitulah rutin aku sepanjang menguruskan anak-anak sekolah.
Ini gambar Adriana masa mula-mula masuk sekolah. Tengok gambar dia yang ini terdetik pula di hati. Bilalah anak aku ni nak berisi sikit. Tengoklah punya keding. Mengenai pelajarannya, setakat ini bolehlah. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. Memandangkan dia sekolah cina aku tak nak beri tekanan pada dia. Begitulah...
Oklah, ini sahaja entri untuk pagi ini. Bermula hari ini dapatlah aku berehat sekejap daripada tugas hakiki menghantar anak-anak ke sekolah. Bolehlah bersantai-santai di waktu pagi untuk dua bulan ini sebelum sesi persekolahan yang baru bermula. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment