Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat pagi semua. Selamat Hari Deepavali untuk seluruh kaum India di Malaysia. Semoga kita semua sentiasa hidup di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Termasuk hari ini sudah empat hari aku bercuti di rumah. Seronok tidak terkira. walaupun duduk di rumah lebih memenatkan dari pergi kerja tetapi inilah perkara yang lebih membahagiakan.
Mulalah nak menanam impian mahu menjadi suri rumah. Hehehe. Kalaulah dapat alangkah seronoknya. Semalam pagi aku hantar anak-anak pun tidaklah kelam-kaut seperti pagi yang aku mahu ke kerja. Yelah, nak kejar thumb print.
Hari ini mahu menyambung buat cookies. Malam tadi aku sudah adun tepungnya. Cuma pagi ini aku kena mengemas rumah dulu sebab rumah dah macam tongkang pecah. Sibuk di dapur sampai rumah tak dapat nak kemas. Jadi pagi ini misi mengemas rumah. Dah lama tak vakum dan mop rumah. Hari ini juga perlu dilakukan.
Salah satu frame yang tergantung di dalam bilik komputer. Bilik komputer tu kecil tetapi isi dalamnya begitu banyak. Rak buku je ada dua dengan kotak yang berisi. Apa-apa pun di bilik kecil itulah aku suka melayan perasaan di depan komputer. Okeylah, sekian dulu. Wassalam.
Salam pena,
1 comment:
minggu ni aida dok seremban.
skola demang husin cuti sampai khamis.
apa lagi aida angkut la kakak2 ke seremban ni hah.
save skit duit petrol & tol.
Post a Comment