Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat pagi. Salam sabtu. Pembuka bicara untuk pagi sabtu yang osem ini. Siapa yang tak seronok bila tiba hujung minggu. Waktu untuk bersantai di rumah bersama keluarga tersayang. Aku memang ternanti-nanti kedatangan hujung minggu. Letih nak mengadap lima hari bekerja. Stress di tempat kerja makin menjadi-jadi. Bila balik ke rumah, tatap 3A sudah cukup menghilangkan segala tekanan. Mungkin dah lama sangat aku kat situ.
Malam tadi, seperti biasa bila esoknya cuti mulanya kita orang empat beranak gatal kaki nak merayap. Hujan-hujan pun sanggup keluar. Pergi makan. Sejak kebelakangan ini, bila hari-hari masak di rumah beras cepat habis. Yang tinggal tu boleh dua kali lagi masak. Gaji lagi seminggu lebih. Petang ni kena tambah sedikit barang dapur.
Jadinya, malam tadi pusing-pusing cari tempat untuk mengenyangkan perut. Hujan lebat yang membasahi bumi menambahkan gelodak perut yang makin rancak berdendang. Sudahnya ke Bukit Baru dan makan dekat situ. Lama juga kita orang tak makan kat sini.
Oleh sebab hujan, kita orang duduk dekat dalam. Kebiasaannya lepak kat luar je.
Kedai ni yang femes menunya adalah mee basah. Aku order keow teow basah. Uhhh nikmat sekali makan panas-panas.
Abang jebat aku makan sup kambing. Dia tu tak sudah-sudah dengan kambingnya. Nanti ngadu sakit kepala.
Mee sup untuk anak-anak. Pesan satu kongsi si kakak dan adik. Kakak tu pesan bukan main nanti bukan habis. Adik yang tukang habiskan. Hehehe...Adik dah makan beberapa suap si kakak baru dok belek-belek mee. Nana oh nana. Itu sebab dia kerempeng. Bukan aku tak bagi dia makan. Tapi sekarang sekurang-kurangnya dia berselera makan berbanding dulu.
Itu sahaja entri yang boleh aku terbitkan untuk pagi ini. Akan menyusul entri-entri yang lain untuk dikongsikan. Sekian dan wassalam.
Aku Penulisnya,
No comments:
Post a Comment