Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat pagi semua. Ini adalah entri auto publish ye. Jangan fikir kerja daku hanya menulis blog di waktu kerja. Malam tadi siap kerja awal jadi aku sempat menjengah blog sendiri. Sudah menjadi seperti diari blog ini. Hujung minggu biasalah kerja rumah yang tidak pernah habis. Melayan askar-askar dewasa dan kecil. Hehe..
Bila tiba hujung minggu, dalam fikiran macam-macam difikirkan kerja yang perlu diselesaikan dalam masa dua hari ini. Tak mahu ada kerja tertangguh ke minggu depan. Perkara paling utama adalah melipat baju. Lipat baju yang berbakul-bakul. Hari kerja memang serius tak sempat nak membelek baju-baju tu. Mana terkejar nak masak, nak tengok anak-anak lagi. Jadi hari sabtu adalah masa yang sangat sesuai bersantai-santai melipat baju sambil menonton televisyen.
Roti jala ni menu sarapan hari sabtu. Alas perut sebab tengahari nak ke kenduri kawin.
Sebelah petang pula seperti biasa aktiviti beriadah. Gigih anak-anak ikut papa dia orang. Maknya? Duduk di suatu sudut sambil mengambil gambar. Hehehe..
Dia orang bertiga jogging. Aku bukan berlari-lari anak tapi berjalan ye sambil update IG. Gigih tak? Sakit kaki uolls.
Malamnya ajar nana sebab nak periksa minggu ni. Makan malam disediakan oleh asben. Maggi kari siap! Sedap uolls laki den masak maggi.
Kemudian selepas anak-anak sudah beradu, aku menuju ke gua seperti biasa. Melakukan beberapa tugasan sambil mengunyah segala macam jajan.
Ini kerja semalam. Gigih potong cili kering. Macam-macam posisi nak habiskan sebungkus cili kering ni.
Akhirnya siap juga kisar cili kering sendiri.
Kisar bawang putih.
Kisar bawang merah. Lega hati ini bila semuanya sudah selesai. Semalam aku masak nasi lemak tetapi non ado gambar. Tak sempatlah nak amik semua gambar. Itu sahaja kisah aku hujung minggu bersama keluarga tercinta. Sekian dan wassalam.
Aku Penulisnya,
1 comment:
senang dah siap kisar semua tinggai masak jerk.....:):)
good luck utk nana, moga beroleh keputusan yg cemerlang:)
Post a Comment